Tips Lampin Kain untuk Ibu Sibuk

Teks: Rafeah Wahi

Tips berCD untuk ibu sibuk – itu sekadar tajuk penyedap bahasa saja :) Sebenarnya kali ini saya nak kongsikan pengalaman berCD sebagai seorang yang kurang rajin (ketawa kuat-kuat!!). Dengan ikhlas saya akui saya memang ibu yang kurang rajin. Dulu saya ada pembantu di rumah, semua kerja rumah selesai tanpa campur tangan saya. Saya berCD.


Macam ni saya simpan CD (situasi kemas yang berlaku seminggu sekali)


Tapi pada suatu ketika saya tiada pembantu lagi – rumah hanya disapu seminggu sekali, dapur berasap seminggu sekali (itupun kalau bernasib baik!), baju digantung terus dalam almari tanpa dibalikkan, sanggup pakai baju-baju yang sama setiap minggu asalkan tak perlu gosok baju, longkang dan kipas dan sawang dan porch sebulan sekali je cuci. Siapa boleh lawan kemalasan saya, sila angkat tangan! Dan ya, saya masih berCD.


Dalam malas-malas tu, saya akui saya pencinta alam sekitar. Saya sedar kepentingan 3R (reuse, reduce, recycle), saya juga tahu banyak berkenaan masalah penimbunan sisa pepejal sama ada di Malaysia atau di seluruh dunia, serta masalah menanganinya. Seperti yang saya pernah kongsikan dulu, secara purata setiap bayi akan menukar lampin sebanyak 8,000 kali sementara mereka belum selesai latihan ke tandas. Itu baru seorang bayi, belum lagi kita kira berapa populasi bayi di negara kita!

Itu sebab utama saya bertukar kepada CD beberapa tahun lepas. Sebelum itu saya tidak tahu kewujudannya, dan langsung tidak pernah fikir ada alternatif selain lampin pakai buang. Nak pakai lampin tradisional leceh pula – seperti yang saya katakan tadi, saya memang kurang rajin!

Tapi bila saya dapat tahu kewujudan suatu benda bernama CD dari sebuah majalah keibu-bapaan kegemaran saya, dengan hati terbuka saya mula mencari informasi berkenaan CD di internet, seterusnya mendapatkan 5 keping CD yang pertama untuk anak sulung saya (ketika itu 1 tahun 8 bulan) yang sedang potty training. Pada masa itu, saya rasa langkah ruginya saya kerana baru tahu kewujudan CD! Kenapa? Kerana dah banyak membazir pasal saya ni terlalu suka tukar DD anak (sehari 7-8 kali!). Tak pasal-pasal jadi saudara syaitan sebab membazir.

Itu cerita lama. Sekarang dah 3 orang anak saya berCD. Saya dah tak tau berapa harga DD di pasaran, dan dah tak tahu apa saiz yang nak dibeli. Lagipun berCD memang make sense untuk saya sekarang. Pasal dalam kecemasan, adik boleh pinjam CD kakak, kakak boleh pinjam CD adik. Kalau DD, mana boleh pinjam-pinjam sebab saiz tak sama hehe.


Saya kongsikan rutin berCD saya pada suatu ketika dahulu untuk panduan kepada ibu-ibu lain yang berCD. Ada yang boleh ikut, ada yang tak boleh ikut. Terpulanglah kepada situasi dan kesesuaian ya!


Pagi:

1. Packing Bakul Taska: Lepas subuh saya akan packing bakul taska anak yang berumur kedua. Biasanya saya bekalkan 6 keping CD poket yang dah siap dimasukkan insert, dan sehelai wet bag. Selagi ada stok CD jenis velcro dan pull up pants, saya utamakan jenis itu untuk dibekalkan. Almaklumlah anak saya dah mula aktif, seboleh-bolehnya saya nak bantu mudahkan pihak taska mengendalikan CD anak saya.

2. CD kotor malam tadi? Biarkan dulu dalam baldi kosong. Tak payah rendam. Balik kerja petang nanti saya cuci.


Petang:

1. Wet bag dari taska dibongkar, khazanah CD kotor dikeluarkan. Masukkan dalam mesin basuh. Pastikan insert dikeluarkan dari poket CD dulu. Jangan lupa masukkan sekali CD kotor malam tadi dalam mesin basuh.

2. CD bernajis: saya suka bilas CD kotor siap-siap selepas sahaja menukar CD anak. Sebab saya kurang gemar menggunakan nappy liner. Bagi yang rajin guna nappy liner lagi bagus, sebab lagi mudah nak urus najis anak. Disposable nappy liner boleh buang terus. Washable nappy liner pula terlalu senang dicuci! Jirus air je semua kotoran tanggal.

3. Ok, dah siap masuk mesin basuh, biar mesin tu tolong cucikan semua CD kita.

4. Menyidai CD: Saya sidai CD cover di penyangkut baju jenis payung (yang biasa kita guna untuk sidai baju baby n baju kecil). Tak perlu sepit-sepit, jimat ruang.




Sidai CD dengan penyidai bentuk payung


Ringkasnya sidai CD cara sepit


5. Menyidai insert: Insert pula saya sidai di penyangkut baju yang banyak penyepit (macam gambar) – jimat ruang n senang kering. Jangan sidai rapat-rapat sangat, nanti lambat kering.



Lain-lain cara saya:

1. Basuh 2 hari sekali. Tak perlu rendam, campak saja dalam baldi bertutup atau wet bag.

2. Lipat CD bila dah bertimbun je, atau bila dah tiada lagi stok CD yang dah siap lipat.

3. Strip wash CD 4-6 bulan sekali.

4. Kalau ada CD bernajis yang masih ada kesan kekuningan walaupun dah cuci dan jemur? Saya bagi anak pakai je CD tu di rumah hehe, kalau di taska malulah saya nanti (saya tau CD tu tak najis, cuma stain je tak hilang), lepas dia pakai baru cuci lagi dan jemur lagi.

5. Simpan banyak stok CD supaya boleh bermalas-malas.

6. Kalau dah banyak hari hujan, saya hantar CD yang dah siap basuh untuk pengeringan di kedai dobi (AWAS!!! Pengeringan mesin boleh merosakkan CD jika terlalu kerap ataupun suhu yang digunakan terlalu panas).

7. Bila malas masuk insert dalam poket, lebih baik ada banyak stok CD All-in-one.



Saya fikir kalau ibu-ibu di luar sana masih dapat bertahan mengendalikan pinggan dan basuh baju (kalau tidak memang kita pakai pinggan dan baju pakai buang saja), rasanya nak kendalikan CD bukanlah satu masalah besar sangat kan? Selamat mencuba!


Lipat CD bila sudah bertimbun? Bagi saya ia umpama terapi.


Salam sayang penuh mesra alam.

RW

Comments

Popular posts from this blog

Apabila pensyarah lambat muat naik nota kuliah

Jelajah Alam dengan Permainan Mencari Harta Karun

10 sebab untuk sambung PhD