Khasiat Luar Biasa Bawang Putih

Teks: Rafeah Wahi


Bawang putih merupakan sumber tumbuhan yang pasti ada di setiap rumah. Malahan, boleh dikatakan setiap hari kita makan bawang putih yang dimasukkan dalam masakan harian. Namun demikian, ramai yang mungkin masih belum tahu khasiat luar biasa bawang putih. Kali ini saya kongsikan khasiat bawang putih sebagai supplement yang mesra alam, hasil pembacaan saya [1], [2], [3]..



Bawang putih (sumber: www.bbcgoodfood.com)


1. Bawang Putih Mencantikkan Rambut
Bawang putih mempunyai kandungan acillin yang tinggi. Acillin ialah sejenis sebatian sulfur yang juga ditemui dalam bawang merah mampu merawat rambut gugur. Hanya ramas dan gosokkan hirisan bawang putih bersama minyak (contohnya minyak zaitun) ke kulit kepala secara konsisten untuk mendapat manfaatnya.


2. Bawang Putih Meredakan Jerawat
Bawang putih kaya antioksidan yang mampu menghapuskan bakteria. Jadi anda boleh gosok perlahan hirisan bawang putih ke bahagian yang berjerawat sahaja untuk merawatnya.


3. Bawang Putih Meredakan Selsema
Untuk meredakan selsema, masukkan bawang putih di dalam makanan harian anda lebih dari hari-hari biasa. Ini kerana bawang putih kaya antioksidan yang bermanfaat dalam meningkatkan kekuatan sistem imun. Masukkan lebih bawang putih di dalam sup, atau boleh buat teh bersama hirisan bawang putih, lemon dan madu.


4. Minyak Bawang Putih Meredakan Psoriasis
Sapukan minyak bawang putih ke bahagian kulit yang terkena psoriasis, insyaAllah dapat membantu melegakan keradangan dan rasa kurang selesa kulit.


5. Bawang Putih Membantu Diet
Lebihkan bawang putih dalam diet seharian. Ada kajian menunjukkan bahawa diet yang kaya bawang putih dapat membantu mengurangkan berat badan dan pengumpulan lemak.


6. Bawang Putih Merawat Kaki
Untuk melegakan kegatalan akibat athlete's foot, cuma perlu rendam kaki ke dalam air suam berisi bawang putih kisar. Jika kaki tertusuk selumbar, ia boleh dikeluarkan dengan meletakkan hirisan bawang putih ke atas selumbar kemudian dibalut dengan kain.


7. Bawang Putih Menghindarkan Nyamuk
Mungkin kerana baunya yang agak kuat, nyamuk kurang gemar menghampiri bawang putih. Sapukan minyak bawang putih ke badan sebagai penghindar nyamuk semulajadi.


8. Bawang Putih untuk Kesihatan Sistem Darah dan Jantung [4]
Menurut National Library of Medicine, National Institutes of Health, USA, bawang putih digunakan secara meluaskan untuk kesihatan sistem darah dan jantung, termasuk meredakan atherosclerosis (pengerasan artieri), kolestrol tinggi, serangan jantung, penyakit jantung koronari dan darah tinggi.


9. Bawang Putih Penawar Serbaguna [4]
Sejarah menunjukkan bahawa di Timur Tengah, Asia Tenggara dan Nepal, bawang putih telah digunakan turun temurun dalam merawat bronkitis, darah tinggi, tuberculosis (TB), masalah hati, disentri, flatulence, kolik, cacing usus, penyakit sendi, diabetes dan demam.

 

10. Bawang Putih Mencegah kanser [4]
Bawang putih juga digunakan secara meluas sebagai langkah pencegahan kanser paru-paru, prostat, payudara, perut, dan usus.

Apa yang pasti, ada 1001 lagi manfaat kesihatan bawang putih yang tak mampu saya terangkan dalam entri yang seringkas ini. Jadi jangan lupa sentiasa pastikan bawang putih sentiasa ada di dapur anda!



Salam sayang penuh mesra alam.

RW

 

Rujukan

[1] Garlic, http://www.whfoods.com/genpage.php?tname=foodspice&dbid=60

[2] Amazing health benefits of garlic. http://www.naturalblaze.com/2013/04/10-amazing-health-benefits-of-garlic.html

[3] Alyssa Jung, 13 Surprising Benefits of Garlic, http://www.rd.com/slideshows/13-surprising-benefits-of-garlic/

[4] MNT Knowledge Center, What are the benefits of garlic? http://www.medicalnewstoday.com/articles/265853.php

Comments

Popular posts from this blog

Apabila pensyarah lambat muat naik nota kuliah

Jelajah Alam dengan Permainan Mencari Harta Karun

10 sebab untuk sambung PhD