Kisah Pau Kukus



Teks: Rafeah Wahi

Pada 28 Disember 2013 yang lalu saya membantu mak mengukus pau. Lalu terilham sesuatu.

Kita boleh belajar sesuatu dari sebiji pau.

Nak jadi sebiji pau yang hebat, gebu, sedap memerlukan tepung diadun, diuli, dibiat kelemasan dalam bekas tertutup dan dikukus pada suhu air didih.

Begitu kehidupan ini, nak jadi insan hebat memerlukan kita menghadapi pelbagai cabaran dan ujian. Semuanya memerlukan keimanan dan kesabaran yang tinggi.

Segala cabaran dan ujian hidup bersifat sementara. Tiada yang abadi.

Jadi, tenanglah walau apapun terjadi.

P/s: Jangan minta resepi pau. Saya cuma reti kukus sahaja.hihi



Pau sewaktu sedang berasap dikukus

Sebahagian hasil pau. Ada yang cantik, ada yang penyek. 


Salam sayang dari saya.

RW

Comments

Popular posts from this blog

Apabila pensyarah lambat muat naik nota kuliah

Jelajah Alam dengan Permainan Mencari Harta Karun

10 sebab untuk sambung PhD