10 sebab untuk sambung PhD
Teks: Rafeah Wahi Kebelakangan ini ramai yang mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana (Masters) selepas menamatkan ijazah pertama. Tiada masalah. Ramai yang berjaya menamatkan pelajaran di peirngkat Masters juga. Namun demikian, apabila ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD, ramai yang menjadi keliru. Mulalah pelbagai persoalan bermain-main di fikiran. Contohnya: "Bagus juga kalau sambung PhD. Tapi sudah tidak larat untuk menghadapi dunia menuntut ilmu dan penyelidikan. Sedangkan nak menamatkan pelajaran di peringkat Masters sahaja sudah nyawa-nyawa ikan. Mungkin kalau ambil PhD terus mati agaknya". "Bagus juga sambung PhD, tapi ingin nak merasai pengalaman bekerja. Kawan-kawan semua sudah bekerja tetap. Ada pendapatan tetap. Ada kereta. Ada rumah (ada ke?). Bila saudara-mara bertanya 'kerja apa?' sekurang-kurangnya tak lenguh nak menjawab jika dipertikaikan sudah besar panjang masih belajar lagi....
Comments
Post a Comment