Posts

Showing posts from September, 2015

Tindakan Semasa Jerebu

Image
Catatan 10 September 2015 Tindakan yang penting semasa jerebu. Jaga kesihatan ya. Pakai penutup hidung dan mulut 3 ply sekiranya berada di luar.

5 Toksik Utama Dalam Syampu

Image
Teks: Rafeah Wahi Bismillahirrahmanirrahim.. Lama sungguh saya tidak mencoret di blog. Kebetulan hari ini saya dapati syampu kanak-kanak yang baru dibeli minggu lepas sudah habis dibuat main oleh anak-anak semasa mandi, saya terpanggil untuk menulis entri kali ini. Gambar ihsan google. Pernah kah anda terfikir bahawa setiap hari, semasa anda dengan gembiranya mandi dan bersyampu anda sebenarnya menuangkan bahan kimia berbahaya ke kepala dan badan anda? Anda gosok-gosok, tenyeh-tenyeh kepala dengan syampu yang berbuih-buih mewah sehingga anda dapat rasa nikmatnya bersyampu. Tanpa disedari, sekurang-kurangnya 5 bahan kimia berbahaya telah dilepaskan ke sistem saraf dan darah anda. Bahan-bahan kimia ini memberi kesan buruk kepada kesihatan, contohnya sistem pembiakan, penyebab kanser dan merosakkan sistem saraf. Oleh itu, wajar anda perhatikan agar 5 bahan kimia berikut tidak ada dalam apa pun syampu pilihan anda: 1. Natrium Lauryl Sulfat (SLS) atau Natrium Laureth Sulfat

Panduan Pengasingan Sisa Pepejal di Sumber/Punca.

Image
Artikel dan gambar-gambar ini berasal dari laman Facebook SWCorp Malaysia. Penafian: Tujuan pemaparan semula artikel dan gambar-gambar ini di dalam blog ini adalah semata-mata untuk membantu mendidik masyarakat mengenai pengasingan sampah dari punca. Empunya blog ini tidak mempunyai sebarang kepentingan peribadi hasil dari pemaparan artikel dan gambar-gambar ini. ************************************************************* Pengasingan sisa pepejal di sumber / punca.  Apa yg nak diasingkan tu??? 1) Sisa Baki Sisa yang tidak boleh dikitar semula dan akan dilupuskan di pusat pelupusan . Ikat sisa dengan kemas kemudian letakkan kedalam tong sampah, kutipan akan dilakukan 2 kali semiggu. 2) Sisa Kertas Sisa yang dihasilkan daripada kertas dan boleh dikitar semula. Perlu diasingkan, dimasukkan ke dalam bekas plastik dan diletakkan ditepi tong sampah, kutipan akan dilakukan sekali seminggu. 3) Sisa Plastik Sisa yang dihasilkan daripada plastik dan