Posts

Showing posts from October, 2015

Jerebu 2015

Image
Catatan 25 Oktober 2015 Saya kongsi sedikit tentang JEREBU ya. Jerebu adalah debu atau partikel halus. Punyalah halus, sehingga BULU HIDUNG pun tak mampu menghalangnya dari pada masuk ke sistem pernafasan. Sebab itu kita digalakkan untuk memakai topeng yang sesuai untuk mengelakkan hidung dan mulut terdedah secara langsung dengan partikel jerebu. Habis tu kalau BULU HIDUNG yang Allah ciptakan sebagai "air filter" semula jadi tak mampu menghalang partikel jerebu masuk ke sistem pernafasan, apa jadi ya? Jadinya, partikel jerebu masuk terus ke PARU-PARU, menyebabkannya BEKERJA LEBIH KERAS dari biasa. Kalau semua perasan, kejadian jerebu sudah bermula SEJAK 1997 lagi, dan berulang setiap tahun. Dah berapa tahun tu? Lekas congak. Ya, hampir 20 tahun. Dapatkah kita mengawal jerebu daripada masuk ke ruang udara negara kita? Jawapannya TIDAK. Kenapa SEKOLAH DITUTUP semasa jerebu meruncing? Kerana kanak-kanak secara umumnya mempunyai SISTEM IMUN yang lebih RENDAH ber