Apabila pensyarah lambat muat naik nota kuliah

Petang tadi ada pelajar tanya saya, macam mana nak bersedia untuk kelas kalau pensyarah lambat memuat naik nota?

Jawapan saya: Apabila kita sudah berada di pengajian tinggi, kejayaan dan hidup mati pelajaran kita adalah tanggungjawab kita sepenuhnya. Nota kuliah bukan hak, tapi ihsan daripada pensyarah. Tanggungjawab pensyarah menyediakan bahan-bahan untuk dia mengajar, bukan menyediakan segalanya untuk pelajar.

Sebab itu penting untuk pelajar mendapatkan Course Outline untuk kursus-kursus yang mereka ambil pada setiap awal semester. Dari situ, mereka akan tahu apa topik yang akan dipelajari (silibus). Maklumat kini di hujung jari, gunakanlah jari itu sebaik-baiknya untuk mencari ilmu. 

Tak payah tunggu nota dari pensyarah. Kamu boleh buat nota sendiri.

Kamu pasti lebih menghargai ilmu yang diperoleh melalui usaha gigih.

Comments