Projek Seni dengan Bunga Gugur

Teks: Rafeah Wahi


Bila tiba musim bunga, meriah sekali halaman rumah dengan bunga-bungaan yang kembang mekar. Namun demikian, sayang juga melihat bunga gugur ke bumi begitu sahaja, walaupun nampak indah juga bunga-bunga yang gugur itu. Lalu di suatu pagi minggu yang indah saya ajak anak sulung saya, Musa mengutip bunga yang gugur, beberapa helai rumput, lalang dan daun untuk projek seni yang ringkas. 





Musa riang dengan projek alam kali ini.

Bahan-bahannya ringkas sahaja. Selain daripada bahan alami yang saya sebut tadi, kami juga menggunakan gunting, pita selofan, gam dan krayon untuk menyerikan projek seni itu. Mudah sahaja aktivitinya, iaitu aktiviti gunting, tampal dan lukis bertemakan bunga.

Alhamdulillah, pagi itu kami telah meluangkan masa berkualiti bersama-sama. Saya juga sempat mengajarkan konsep kejadian alam yang asas - iaitu segalanya makhluk Tuhan, diciptakan oleh Tuhan dan apabila tiba masanya, seperti bunga-bunga yang gugur itu, akan kembali kepada Penciptanya - Tuhan.

Saya pasti anda boleh buat lebih baik daripada saya. Selamat mencuba! Salam sayang penuh mesra alam.

RW

Comments

Popular posts from this blog

Apabila pensyarah lambat muat naik nota kuliah

Jelajah Alam dengan Permainan Mencari Harta Karun

10 sebab untuk sambung PhD