Posts

Showing posts from December, 2013

Ada Apa Dengan Pakaian Lama?

Image
Teks: Rafeah Bt Wahi Setiap 6 bulan, saya suka asingkan pakaian-pakaian lusuh atau yang sudah terkena kotoran degil yang tak mampu dihilangkan (biasa terjadi di rumah saya bila anak-anak melakarkan kreativiti mereka menggunakan pen marker ke pakaian sendiri). Sebahagian pakaian lusuh yang sesuai saya hantar ke pondok kitar semula di Taman BDC, Kuching. Selalunya, belum sempat pun saya keluarkan dari kereta, sudah ada beberapa orang yang menghulur tangan untuk menyambut beg pakaian tersebut. Mereka bukan pekerja di pondok kitar semula itu, tetapi mereka sebahagian penduduk kawasan berdekatan yang menjadikan pakaian lama sebagai punca rezeki. Pakaian tersebut sama ada diambil untuk kegunaan ahli keluarga sendiri atau dijual kepada jiran-jiran berdekatan dengan harga serendah 50 sen – RM20. Kreatif sekali! Sebahagian lagi pakaian lusuh dari kain jenis kapas saya asingkan untuk digunakan di rumah.  Anda juga boleh cuba beberapa idea kreatif ini untuk guna semula pakaian la

Mak, Saya Malu Nak Pakai Pelapik Kain!

Image
Teks: Rafeah Wahi “Mak, saya malu nak pakai pelapik kain!’ kata hati saya pada suatu ketika dulu. Tapi pemberontakan tu dalam hati sahaja. Ketika itu umur baru menginjak 13 tahun dan sudah mula memasuki sekolah asrama. Malu dengan kawan-kawan semuanya memakai tuala wanita pakai buang, sedangkan di rumah, ibu menggalakkan penggunaan pelapik kain ( cloth pad ).  Pada masa itu, saya tidak faham kenapa mesti susah-susah cuci dan jemur selepas guna pelapik kain sedangkan tuala wanita pakai buang lebih memudahkan. Sudahlah begitu, pelapik kain itu diperbuat dari tuala, pakaian lama atau kain batik yang lusuh. Jadi tak begitu cantik. Oleh sebab saya tinggal di asrama, maka saya ambil jalan mudah menggunakan tuala wanita pakai buang. Tapi kalau balik bercuti di kampung, saya kembali kepada pelapik kain. Teringat lagi pada masa itu, salah satu isu utama yang sering pihak warden sebut sekiranya ada perhimpunan ialah berkenaan pembuangan tuala wanita ke dalam lubang tandas. Saya sej

Kita dan Rancangan ‘Clean House’

Teks: Rafeah Wahi Pada hujung minggu lepas, saya sempat menonton rancangan ‘Clean House’. Episod yang saya tonton itu memaparkan sebuah keluarga yang memiliki terlalu banyak barang di rumah mereka, sehingga tiada lagi ruang untuk bergerak dengan selesa. Pasukan ‘Clean House’ telah membantu mereka melapangkan rumah dan menghias semula kediaman mereka. Menariknya, setelah barang-barang yang dikenalpasti tidak perlu atau tidak sesuai dikeluarkan, mereka mendapati beberapa perkara: -Terlalu banyak kasut, pakaian, hiasan mini dan barangan koleksi yang tidak digunakan - Alatan sukan dan perabot berlebihan serta bersaiz terlalu besar - Banyak barangan lusuh dibiarkan di dalam rumah Walaupun pada mulanya keluarga tersebut sukar untuk menerima hakikat bahawa sebahagian barangan dan perabot kesayangan mereka terpaksa dijual, mereka akhirnya akur demi kehidupan yang lebih selesa untuk bayi mereka. Barang-barang tersebut dijual di jualan garaj dan barang-barang yang tidak terjual

Salam Persaudaraan Dari Saya

Image
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..Selamat datang ke blog saya. Nama saya Rafeah Wahi. Saya dilahirkan di Kuching, Sarawak pada tahun 1979 dan merupakan anak sulung dari enam adik-beradik. Saya berketurunan Melanau dan beragama Islam. Bapa saya seorang kakitangan awam dan ibu saya seorang surirumahtangga. Ibu bapa saya memang insan hebat dan penuh kasih sayang. Saya dan adik-adik dibesarkan oleh ibu bapa kami dalam gaya hidup sederhana, namun penuh dengan wawasan dan kecintaan terhadap ilmu, Alhamdulillah. Saya bertemu jodoh dengan seorang lelaki soleh dan hebat, YBhg Ustaz Zulkefly Ibrahim. Kami bernikah pada tahun 2007 dan setakat ini kami dikurnai Allah dengan 3 orang anak yang comel dan bijak. Saya mendapat pendidikan awal di TABIKA Perpaduan RPR Batu Kawa dan SRB Garland, Kuching. Saya kemudian menyambung persekolahan di SMK Agama Sibu sehingga Tingkatan 5 sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Matrikulasi Universiti Sains Malaysia (US