Posts

Showing posts from February, 2014

Projek Seni dengan Bunga Gugur

Image
Teks: Rafeah Wahi Bila tiba musim bunga, meriah sekali halaman rumah dengan bunga-bungaan yang kembang mekar. Namun demikian, sayang juga melihat bunga gugur ke bumi begitu sahaja, walaupun nampak indah juga bunga-bunga yang gugur itu. Lalu di suatu pagi minggu yang indah saya ajak anak sulung saya, Musa mengutip bunga yang gugur, beberapa helai rumput, lalang dan daun untuk projek seni yang ringkas.  Musa riang dengan projek alam kali ini. Bahan-bahannya ringkas sahaja. Selain daripada bahan alami yang saya sebut tadi, kami juga menggunakan gunting, pita selofan, gam dan krayon untuk menyerikan projek seni itu. Mudah sahaja aktivitinya, iaitu aktiviti gunting, tampal dan lukis bertemakan bunga. Alhamdulillah, pagi itu kami telah meluangkan masa berkualiti bersama-sama. Saya juga sempat mengajarkan konsep kejadian alam yang asas - iaitu segalanya makhluk Tuhan, diciptakan oleh Tuhan dan apabila tiba masanya, seperti bunga-bunga yang gugur itu, akan kembali kepada ...

Bunga Bukan Sekadar Penyeri Alam

Image
Teks: Rafeah Wahi Saya memang minat menanam sayur kerana bila tiba masanya, hasil boleh dimakan. Sebaliknya, dahulu saya kurang berminat menanam bunga. Memang bunga itu cantik, tetapi selain daripada itu, saya tidak nampak keperluan dan manfaat menanam bunga.  Namun demikian, baru-baru ini saya ada membaca berkenaan manfaat bunga dan mula menghargai bunga-bunga yang ditanam oleh suami di sekitar rumah kami. Rupanya-rupanya bunga bukan sekadar penyeri alam. Suami memang rajin berkebun Beberapa manfaat bunga kepada emosi manusia, menurut kajian di Universiti Havard [1] adalah seperti berikut: 1. Bunga menggalakkan rasa belas kasihan.  Kajian menunjukkan bahawa peserta kajian yang hidup bersama bunga segar selama seminggu dapat merasakan peningkatan dalam perasaan belas kasihan dan kebaikan kepada orang lain. 2. Bunga mampu menghindarkan gelisah, risau dan murung di rumah. Secara umumnya, perasaan negatif peserta berkurang selepas sekitar rumah dihias dengan bun...

Bakul Alat Tulis

Image
Teks: Rafeah Wahi Penat mengutip alat tulis anak-anak yang bersepah. Apatah lagi bila bercampur baur jenisnya, ada pensel warna, pensel, pemadam, krayon. Paling parah apabila kotak pensel warna atau krayon habis dikoyakkan. Setiap keluarga yang punya anak-anak kecil wajib ada cara yang sistematik untuk menyimpan alat tulis. Salah satu caranya ialah dengan mewujudkan bekas "semua dalam satu". Bekas ini mengandungi semua alat tulis yang diperlukan dan mudah dibawa ke mana-mana ruang rumah apabila hendak digunakan. Saya pun buka kabinet dapur untuk mencari bahan-bahan yang mungkin saya boleh kitar semula. Saya terjumpa bekas hadiah barangan bayi yang mempunyai pemegang. Kemudian terjumpa 1 set gelas melamin lama yang sudah lusuh. Ini sudah bagus! Saya terus ke almari buku untuk mencari kalau-kalau ada kulit buku mewarna yang sudah koyak atau tidak digunakan. Ini kerana saya sudah mendapat ilham untuk membuat bekas alat tulis itu. Proses membuatnya mudah sahaja. 1. Lipat ...

Sampah Anda Mungkin Harta Orang Lain

Image
Teks: Rafeah Wahi Pernahkah anda berfikir sebelum membuang sesuatu ke dalam tong sampah anda? Sampah anda mungkin harta bagi sesetengah orang. Teruskan membaca entri ini untuk mengetahui mengapa saya kata begitu. Purata pengeluaran sampah harian di Malaysia ialah 22,000 tan sehari [1]. Angka ini termasuk sampah domestik, sisa pembinaan, sisa pembersihan awam, dan lan-lain. Kebiasaannya kawasan yang lebih maju dan mempunyai ramai penduduk berpendapatan tinggi mempunyai kadar pengeluaran sampah per kapita yang lebih tinggi berbanding kawasan luar bandar. Sekitar 50% daripada jumlah sampah di Malaysia terdiri daripada sisa makanan dan sisa dapur. Selebihnya adalah sisa lain seperti plastik, kertas, kaca, dan sebagainya. Kos pengurusan sampah pula mencecah 30-40% daripada belanjawan pihak berkuasa tempatan  [1]. Suatu perkara yang menarik ialah di sebalik kadar pengeluaran sampah per kapita yang tinggi itu, wujud satu golongan yang menjadikan sampah sebagai sumber pendapat...

Tips Lampin Kain untuk Ibu Sibuk

Image
Teks: Rafeah Wahi Tips berCD untuk ibu sibuk – itu sekadar tajuk penyedap bahasa saja :) Sebenarnya kali ini saya nak kongsikan pengalaman berCD sebagai seorang yang kurang rajin (ketawa kuat-kuat!!). Dengan ikhlas saya akui saya memang ibu yang kurang rajin. Dulu saya ada pembantu di rumah, semua kerja rumah selesai tanpa campur tangan saya. Saya berCD. Macam ni saya simpan CD (situasi kemas yang berlaku seminggu sekali) Tapi pada suatu ketika saya tiada pembantu lagi – rumah hanya disapu seminggu sekali, dapur berasap seminggu sekali (itupun kalau bernasib baik!), baju digantung terus dalam almari tanpa dibalikkan, sanggup pakai baju-baju yang sama setiap minggu asalkan tak perlu gosok baju, longkang dan kipas dan sawang dan porch sebulan sekali je cuci. Siapa boleh lawan kemalasan saya, sila angkat tangan! Dan ya, saya masih berCD. Dalam malas-malas tu, saya akui saya pencinta alam sekitar. Saya sedar kepentingan 3R (reuse, reduce, recycle), saya juga tahu banyak berkenaan ...

Lampin Kain - Bagaimana Hendak Bermula?

Image
Contoh CD Poket Teks: Rafeah Wahi Jika dalam beberapa entri lalu saya telah memperkenal lampin kain (CD) serta manfaatnya terhadap alam sekitar, ekonomi keluarga dan kesihatan, kali ini saya ingin berkongsi pengalaman bagaimana hendak memulakan penggunaan CD. Saya fokuskan perbincangan ini kepada penggunaan CD poket iaitu jenis CD yang biasanya paling mudah, murah dan popular dalam dunia CD. Seperti mana yang kita tahu, berhijrah kepada penggunaan cloth diaper (CD) adalah salah satu perkara terbaik yang kita boleh buat untuk anak-anak, ekonomi keluarga dan juga alam sekitar. Kali ini, saya ingin kongsikan tips untuk mula ber CD. Tips ini adalah untuk seorang anak, jika anda ingin mula dengan CD one-size jenis POKET (kegemaran saya!). Saya suka CD poket kerana: 1. Banyak pilihan jenama dan harga ekonomi di pasaran. 2. Senang dicuci dan cepat kering. 3. Versatile – boleh digunakan dengan insert dimasukkan dalam poket atau sebagai cover jika guna lampin/p refold . 4. Sen...

Catatan Penulis Tesis (Bahagian 1)

Image
Teks: Rafeah Wahi Saya jarang mengimbas kenangan lalu tapi di saat ini tiba-tiba teringat beberapa tahun lepas saya dan beberapa kawan check in hotel ala-ala retreat semata-mata hendak brainstorming proposal PhD dan cuba cari bakal penyelia. Bila dah betul-betul sudah diterima masuk ke pengajian PhD, kami sedari perjalanan kami tak seindah taman bunga, namun sejuta syukur kerana ia bukan juga seburuk mimpi ngeri. Setiap hari ada perkara baru yang kami pelajari dan jelas nyata didikan Allah terhadap kami dalam setiap peristiwa yang kami alami. Dalam pertemuan beberapa bulan lepas, penyelia saya berkata bahawa dia tidak pernah nampak saya ada masalah sepanjang pengajian PhD. Saya hanya mampu ketawa. Sebenarnya di sepanjang semester pertama, saya seringkali menangis seperti bayi kembung perut di dalam kereta sewaktu memandu dari rumah di Shah Alam ke UPM Serdang atas beberapa sebab yang kalau saya fikir-fikirkan semula sekarang, memang terlalu remeh. Saya boleh menangis kerana se...

Khasiat Luar Biasa Bawang Putih

Image
Teks: Rafeah Wahi Bawang putih merupakan sumber tumbuhan yang pasti ada di setiap rumah. Malahan, boleh dikatakan setiap hari kita makan bawang putih yang dimasukkan dalam masakan harian. Namun demikian, ramai yang mungkin masih belum tahu khasiat luar biasa bawang putih. Kali ini saya kongsikan khasiat bawang putih sebagai supplement yang mesra alam, hasil pembacaan saya [1], [2], [3].. Bawang putih (sumber: www.bbcgoodfood.com) 1. Bawang Putih Mencantikkan Rambut Bawang putih mempunyai kandungan acillin yang tinggi. Acillin ialah sejenis sebatian sulfur yang juga ditemui dalam bawang merah mampu merawat rambut gugur. Hanya ramas dan gosokkan hirisan bawang putih bersama minyak (contohnya minyak zaitun) ke kulit kepala secara konsisten untuk mendapat manfaatnya. 2. Bawang Putih Meredakan Jerawat Bawang putih kaya antioksidan yang mampu menghapuskan bakteria. Jadi anda boleh gosok perlahan hirisan bawang putih ke bahagian yang berjerawat sahaja untuk merawatnya. 3. Bawang Pu...

Air oh Air

Image
Teks: Rafeah Wahi Bismillahirrahmanirrahim Kalau kita perhatikan, pada masa sekarang ada pelbagai jenis air di pasaran. Malah perdebatan berkenaan yang mana satu dari semua jenis air tersebut adalah lebih baik untuk kesihatan, juga tidak berkesudahan. Masing-masing pihak berkepentingan mengakui bahawa air mereka adalah yang terbaik. Di antara contoh air yang sering diminum oleh masyarakat bandar ialah air paip, air mineral semulajadi, air reverse-osmosis (RO), air beralkali, dan air minuman bertapis. Air paip Air paip sebenarnya cukup selamat untuk diminum kerana telah melalui proses pembuangan bahan cemar dan nyahkuman di loji rawatan air. Namun demikian, ada beberapa isu yang sering dikaitkan dengan air paip. Contohnya, warna air paip yang berubah kekuningan apabila sampai kepada pengguna akibat sistem perpaipan lama, penggunaan klorin dalam proses nyah kuman air dikatakan mengundang risiko kesihatan jangka panjang serta keperluan memasak air paip sebelum diminum untuk men...

Penyusuan Ibu Gaya Hidup Mesra Alam

Image
Teks: Rafeah Wahi Tahukah anda bahawa anda tidak perlu pening-pening memilih jenama susu yang terbaik untuk bayi anda yang berumur di bawah 2 tahun? Ini kerana susu terbaik di dunia adalah susu ibu. Tahukah anda satu lagi perkara; iaitu penyusuan susu ibu bukan sahaja baik untuk kesihatan bayi dan ibu, malah merupakan suatu amalan mesra alam?  Kenangan menggendong Hasan dengan kain batik dan menyusukannya di tempat awam (tahun 2011) Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi berkenaan manfaat penyusuan susu ibu terhadap kesihatan ibu dan anak, dan manfaatnya terhadap alam sekitar.  Manfaat susu ibu terhadap bayi [1]: Susu ibu mengandungi segala nutrien penting untuk bayi pada kadar yang mencukupi. Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar (Maha Suci Allah!) Susu ibu terutaman kolostrum, menguatkan sistem imuniti badan bayi. Ia mampu menghindari bayi dari cirit birit, selsema, bronkitis dan radang paru-paru. Susu ibu mampu mencegah alah...

Pakaian Kesayangan Budaya Mesra Alam

Image
Teks: Rafeah Wahi Alah membeli menang memakai. Itu pepatah yang sering menjadi pegangan kebanyakan pengguna bila membeli sesuatu, termasuk pakaian. Kebanyakan pakaian berkualiti tinggi masih kekal cantik dan tahan walaupun setelah beberapa tahun dipakai. Ada juga pakaian berkualiti sederhana tetapi dijaga dengan rapi dan jarang dipakai kekal cantik dan tahan selepas beberapa tahun. Kita juga biasa mendengar istilah pakaian bundle atau kedai bundle yang sinonim dengan pakaian terpakai. Istilah baru yang menarik disebut dan didengar ialah pakaian preloved (kesayangan/pernah disayangi)   yang bermakna pakaian terpakai yang amat disayangi dan dijaga sebaiknya oleh pemiliknya asalnya. Dalam kalangan masyarakat kita, amalan mewariskan pakaian kesayangan sudah menjadi kebiasaan. Sebahagian contoh situasinya adalah seperti berikut: Pakaian bayi diwariskan sesama ahli keluarga/kawan. Pakaian kesayangan yang masih elok dan sudah tidak dipakai lagi dihadiahkan kepada orang lain y...

Lampin Kain di Taska - Boleh Ke?

Image
Teks: Rafeah Wahi Ini sambungan cerita saya berkenaan lampin kain/cloth diapers (CD) sebagai alternatif yang lebih mesra alam dalam asuhan anak-anak pada beberapa entri yang lalu. Ada keluhan dari seorang sahabat yang telah membeli CD dan amat menyukai kualiti serta penjimatan yang diperoleh. Katanya, beliau cuma pakaikan bayi dengan CD semasa beliau sendiri ada di rumah (pada waktu malam dan waktu cuti sahaja) kerana pengasuh enggan memakaikan bayi dengan CD. Saya percaya ini juga merupakan kebimbangan ramai ibu bapa di luar sana kan? Hati terasa ingin nak mencuba sesuatu yang dah terbukti kebaikannya tetapi bimbang menyusahkan caregivers. Pelbagai masalah yang mengganggu fikiran, contohnya bimbang menyusahkan atuk dan nenek yang menjaga anak kita, atau pengasuh enggan mengendalikan CD kerana sibuk. Malah tidak hairan juga sekiranya ada taska yang menolak sekiranya kita nyatakan yang kita mahu bayi kita dipakaikan CD. Anda tidak keseorangan dalam masalah ini. Walaupun sebenarny...