Posts

Kerja itu Amanah

Catatan 22 Mei 2017 Assalamualaikum.. Seringkali kita menasihati diri, jangan jadi hamba kerja. Tapi bila kerja tak siap lagi menjelang tarikh akhir, menggigil juga.  Hal ini kerana kita menghormati amanah yang diberikan, dan menghargai peluang yang Allah bagi untuk kita bekerja. Bekerja itu anugerah. Berapa ramai orang yang teringin sangat dengan pekerjaan kita tapi tak mampu memilikinya. Kan?

Pesan Mak

Catatan 14 Mei 2017 Pesan mak kepada kami suami isteri semasa pulang ke kampung beberapa minggu lepas.  "Mak perhatikan ramai ibu-bapa sibuk memberi anak makan dan pakaian. Tapi, jiwa anak-anak dibiarkan kosong dan lapar." Pesanan yang mendalam maksudnya. Saya dan suami diam tunduk, menghadam pesanan mak.

6 Makanan Sihat Untuk Mata

6 Makanan Sihat Untuk Mata Selain menjaga kesihatan mata melalui aktiviti seharian, diet seimbang juga membantu mendapatkan mata yang sihat, terutama untuk kanak-kanak. Sayuran berdaun hijau seperti bayam dan kangkung. Ikan yang tinggi Omega 3 seperti salmon dan tuna. Makanan kaya dengan protein bukan daging, contohnya telur dan kekacang. Buah sitrus seperti oren dan lemon. Sayuran yang kaya vitamin C seperti brokoli, bunga kobis dan lada benggala. Makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging, ayam, kerang-kerangan dan bijirin serat penuh.

Bawa Anak ke Tempat Kerja

Sesekali bawalah anak ikut kita bekerja. Tak kisah kita kerja apa, asalkan halal. Tapi jangan biar dia pulang dengan hati yang kosong. Kita tunjukkan contoh cara bekerja yang baik. Tunjukkan mengapa pekerjaan kita penting. Insyaallah anak pulang dengan hati yang terisi dan terinspirasi. **Teringat Cerekarama "Dalam Kasut".

Pertanyaan dibalas Pertanyaan

Catatan hari ini. Kalau pelajar di bawah seliaan orang lain datang bertanya saya, bukan main baik lagi saya menjawab. Tetapi kalau pelajar seliaan saya sendiri yang bertanya, saya biasanya akan tanya dia semula.  Paling tidak, saya akan minta dia baca artikel berkaitan untuk mendapatkan jawapannya. Satu lagi kaedah saya, saya akan berikan bayangan berkaitan topik, dan menggali sehingga dia terpaksa berfikir. Mungkin kedengaran kejam, tetapi itulah sedikit pertolongan yang saya dapat berikan kepada mereka untuk menjadi seseorang yang terus belajar sepanjang hayat. Semuanya kerana saya sayang pelajar saya sendiri lebih sedikit.  Saya punya slogan ialah "If you can survive me, you can survive out there."

Inspirasi untuk pelajar pascasiswazah

Macam-macam jenis pengakuan ada. Tapi saya nak mengaku sesuatu malam ini. Khas untuk semua pelajar pascasiswazah yang sedang bergelut dan merasa hampir putus asa. Derita tak berkesudahan, dugaan datang bertimpa-timpa, poket kosong tahap miskin tegar dan kepala hampir mendapat kerosakan kekal. Saya dan beribu-ribu orang lain yang telah mengalaminya, merasa empati. Namun kami hanya mampu mendoakan dan menasihat saja. Hakikatnya ini adalah suatu proses yang hanya boleh dijalani oleh anda sendiri, dan hanya anda sendiri. Proses ini tak boleh dielakkan dan mesti dirasai juga. Nak cakap sakit tu memang sakit. Saya ni kalau teringat kenangan belajar dulu...rasa macam dada ni kena cucuk pisau bertubi-tubi. Rasa terlalu sakit. Kadang-kadang air mata menitis tanpa disedari apabila terkenang. Ah, saya benci kenangan, namun kenanganlah yang mengekalkan kepala ini tunduk merendah hati. Berita baik, percayalah setiap kisah mesti ada kesudahannya. Skrip itu kita tulis sendiri, kesudahan yang ...

Tips mesra alam untuk almari anda - Bungkus dan Derma

Image
Ustaz kata, apabila almari dah hampir meletup akibat lambakan pakaian anak-anak, maknanya itu bukan lagi rezeki kita untuk memakainya. Rezeki orang lain dah tu. Sama ada rezeki anak-anak kita yang kemudian nanti atau rezeki anak orang lain. Maka basuhlah bersih-bersih, lipat elok-elok kemudian bungkuskan ke dalam plastik lutsinar beserta label saiz. Buangkan angin dari plastik tu. Kemudian simpan untuk anak-anak seterusnya atau hulurkan kepada orang lain yang kita sayang atau prihatin. Sedarkah anda? Amalan ini mungkin kelihatan biasa sahaja, namun sebenarnya memberi impak yang sangat mendalam untuk menyelamatkan alam sekitar. Hal ini kerana kita tidak membiarkan sahaja baju menjadi buruk dan dimakan serangga di dalam almari, yang kesudahannya menyebabkan baju-baju itu terpaksa dibuang. Kini anda tahu, mudahnya amalan hidup mesra alam. Suka pesanan ni? Kongsikan kepada rakan-rakan anda sekarang.