Cerita yang tak sudah
Pada zaman dahulu ada seorang lelaki yang bercita-cita untuk menjadi seorang pemanah yang terhebat di dunia. Maka dia pun meninggalkan isteri dan anak-anaknya untuk berguru dengan seorang mahaguru yang hebat, jauh dari kampung halamannya.
Apabila dia telah berjumpa gurunya, dia diberitahu bahawa perkara pertama yang dia perlu kuasai untuk menjadi pemanah hebat ialah belajar mengawal kerdipan mata. Dia berlatih dengan tekun sehinggalah pada suatu hari dia dapati ada labah-labah membuat sarang di mata kanannya. Dengan terujanya dia memberitahu gurunya akan hal itu.
Gurunya kemudiannya menyuruhnya belajar melihat hal-hal yang kecil sebagai hal-hal yang besar. Jadi dia mula mengikut saranan gurunya. Dia memerhatikan segala jenis serangga di taman, dan menghabiskan sepanjang musim panas melakukan hal itu, sehingga pada suatu hari dia melihat seekor lalat seperti seekor kuda. Dengan terujanya dia memberitahu gurunya akan hal itu.
Selepas itu gurunya membawanya ke sebuah tebing tinggi dan dia disuruh memanah seekor gagak hitam. Dia berjaya melakukannya. Kemudian gurunya mengeluarkan anak panah dan busur khayalannya dan memanah seekor helang putih yang amat besar. Rupa-rupanya selama ini gurunya itu tiada busur dan anak panah pun! Helang itu pun dipanah jatuh ke tebing oleh gurunya, sehingga menyebabkan tebing itu runtuh.
Matilah aku! Kata lelaki itu berulang kali. Gurunya pun menarik tangannya dan mengatakan, berhentilah merungut dan bangunlah!
Ketika itu baru dia sedar bahawa dia mengejar sesuatu yang sia-sia. Dia kembali ke kampung halamannya, dan mendapati anak-anaknya kini sudah besar.
Anaknya bertanya, ayah tidak memanah lagi? Dia menjawab, sebenarnya untuk memanah hanya memerlukan ....
Tiba-tiba pencerita ni meninggal dunia. Tak habis ceritanya. Sabaaaaaarrrrr sajalah tengok movie ni.
Comments
Post a Comment