Collaborative learning sitting position
Pengajar sering risau akan kurangnya penglibatan pelajar dalam kelas.
Kata salah seorang Profesor dalam bidang pendidikan, tidak ada pelajar yang tidak mahu terlibat. Yang ada cuma pengajar yang tidak tahu cara melibatkan mereka.
Beliau mengajarkan kami "collaborative learning sitting position", dan kaedah melibatkan pelajar dalam pembelajaran aktif. Pelajar-pelajar duduk secara berkumpulan, dan semua orang mendapat peluang bercakap. Lebih tepat lagi, mula-mula berat hati nak bercakap, kemudian mereka berlatih bercakap dan selepas itu tidak henti-henti bercakap tentang topik yang dipelajari.
Baca lebih lanjut tentang contoh aktiviti di sini: http://rafeahbtwahi.blogspot.my/…/catatan-14-ogos-2017-11.h…
Setelah 2 minggu saya cuba uji kaedah ini dalam kelas, saya dapati betul juga kata Prof. Minggu pertama ada tersedu-sedu juga pelaksanaannya. Tetapi pada minggu kedua, saya mendapati semua orang mula bercakap dengan sukarela.
Pada minggu kedua pelajar tidak sedar bahawa sudah 3 jam berlalu. Tiada sesiapa kelihatan mengantuk atau bosan kerana semua sibuk belajar.
Saya gembira kerana dapat memperbaiki cara saya mengajar.
Kita tidak pernah terlalu tua untuk memperbaiki diri.
Comments
Post a Comment