Guna semula botol kaca

Botol-botol kaca seperti bekas botol kuah pasta, mayonis, dan jeruk sayur jangan dibuang begitu sahaja. Hal ini kerana botol-botol tersebut boleh digunakan semula, tanpa atau dengan sedikit hiasan.

Aktiviti hari terakhir cuti sekolah baru-baru ini, menghias botol kaca terpakai yang telah siap dibasuh dan dikeringkan.

Kami memilih untuk menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah. Untuk tujuan itu saya telah menyelongkar almari untuk mencari bahan.

Saya terjumpa hiasan berbunga dan "self-adhesive wallpaper border". Gam UHU dan gunting juga diperlukan untuk tujuan ini.

Hasilnya seperti di dalam gambar. Sungguh menarik kan? Ada rakan-rakan yang mencadangkan botol-botol ini dibuat tabung atau balang biskut. Jika mahu, boleh juga gunakan sebagai bekas garam, gula dan rempah.

Cuma perlu gunting dan lekatkan hiasan bunga mengikut citarasa. Menggunakan wallpaper border untuk menghias botol jauh lebih mudah. Cuma gunting ikut saiz botol dan terus lekatkan ke botol. Mudahnya kitar semula!

Kongsikan artikel ini agar dapat memberi idea kepada teman-teman anda. Selamat mencuba!

Sayangi alam sekitar, kitar semula.






Comments

Popular posts from this blog

Apabila pensyarah lambat muat naik nota kuliah

10 sebab untuk sambung PhD

Jelajah Alam dengan Permainan Mencari Harta Karun