Pertanyaan dibalas Pertanyaan

Catatan hari ini.

Kalau pelajar di bawah seliaan orang lain datang bertanya saya, bukan main baik lagi saya menjawab.

Tetapi kalau pelajar seliaan saya sendiri yang bertanya, saya biasanya akan tanya dia semula. 

Paling tidak, saya akan minta dia baca artikel berkaitan untuk mendapatkan jawapannya. Satu lagi kaedah saya, saya akan berikan bayangan berkaitan topik, dan menggali sehingga dia terpaksa berfikir.

Mungkin kedengaran kejam, tetapi itulah sedikit pertolongan yang saya dapat berikan kepada mereka untuk menjadi seseorang yang terus belajar sepanjang hayat.

Semuanya kerana saya sayang pelajar saya sendiri lebih sedikit. 

Saya punya slogan ialah "If you can survive me, you can survive out there."

Comments

Popular posts from this blog

Apabila pensyarah lambat muat naik nota kuliah

10 sebab untuk sambung PhD

Jelajah Alam dengan Permainan Mencari Harta Karun