Tips mesra alam untuk almari anda - Bungkus dan Derma

Ustaz kata, apabila almari dah hampir meletup akibat lambakan pakaian anak-anak, maknanya itu bukan lagi rezeki kita untuk memakainya. Rezeki orang lain dah tu. Sama ada rezeki anak-anak kita yang kemudian nanti atau rezeki anak orang lain.

Maka basuhlah bersih-bersih, lipat elok-elok kemudian bungkuskan ke dalam plastik lutsinar beserta label saiz. Buangkan angin dari plastik tu. Kemudian simpan untuk anak-anak seterusnya atau hulurkan kepada orang lain yang kita sayang atau prihatin.

Sedarkah anda? Amalan ini mungkin kelihatan biasa sahaja, namun sebenarnya memberi impak yang sangat mendalam untuk menyelamatkan alam sekitar.

Hal ini kerana kita tidak membiarkan sahaja baju menjadi buruk dan dimakan serangga di dalam almari, yang kesudahannya menyebabkan baju-baju itu terpaksa dibuang. Kini anda tahu, mudahnya amalan hidup mesra alam.

Suka pesanan ni? Kongsikan kepada rakan-rakan anda sekarang.


Comments

Popular posts from this blog

Apabila pensyarah lambat muat naik nota kuliah

Jelajah Alam dengan Permainan Mencari Harta Karun

10 sebab untuk sambung PhD