Posts

Showing posts with the label ALAM SEKITAR

Tips Mesra Alam: Bungkus makan dengan bekas cantik anda

Image
Untuk membungkus makanan tengah hari dari kedai makan pilihan anda, gunakanlah bekau tapau anda yang berwarna-warni dan meriah itu. Kurangkan sampah akibat tapau makanan.  Kita kan bijak  :-) # 365daysgreentips

Tips Mesra Alam: Lampin Kain dan Seluar Latihan

Image
Nak kempen alam sekitar sikit boleh kan? Di sebelah kiri tu lampin kain (clothdiaper/CD). Di sebelah kanan tu training pants. Kedua-duanya berguna untuk keluarga yang ada bayi dan anak-anak kecil yang belum bebas lampin. Selain jimat, sangat mesra alam. Juga mudah diurus. # 365daysgreentips

Sisa pepejal semakin meningkat?

Image
Pada tahun 2010, 3 juta tan sisa pepejal (sampah) dihasilkan setiap hari di seluruh dunia. Dijangkakan bahawa pada tahun 2025, 6 juta tan sampah akan dihasilkan setiap hari. Jika kita tidak sama-sama menghentikan trend ini, 12 juta tan sampah akan dihasilkan setiap hari pada tahun 2100. Jangan ingat, iklan budak kecil hidup dan bermain dalam sampah sarap itu imaginasi semata-mata. Penimbunan sampah sedang berlaku di muka bumi ini, dan benar-benar berlaku.

Jerebu 2015

Image
Catatan 25 Oktober 2015 Saya kongsi sedikit tentang JEREBU ya. Jerebu adalah debu atau partikel halus. Punyalah halus, sehingga BULU HIDUNG pun tak mampu menghalangnya dari pada masuk ke sistem pernafasan. Sebab itu kita digalakkan untuk memakai topeng yang sesuai untuk mengelakkan hidung dan mulut terdedah secara langsung dengan partikel jerebu. Habis tu kalau BULU HIDUNG yang Allah ciptakan sebagai "air filter" semula jadi tak mampu menghalang partikel jerebu masuk ke sistem pernafasan, apa jadi ya? Jadinya, partikel jerebu masuk terus ke PARU-PARU, menyebabkannya BEKERJA LEBIH KERAS dari biasa. Kalau semua perasan, kejadian jerebu sudah bermula SEJAK 1997 lagi, dan berulang setiap tahun. Dah berapa tahun tu? Lekas congak. Ya, hampir 20 tahun. Dapatkah kita mengawal jerebu daripada masuk ke ruang udara negara kita? Jawapannya TIDAK. Kenapa SEKOLAH DITUTUP semasa jerebu meruncing? Kerana kanak-kanak secara umumnya mempunyai SISTEM IMUN yang lebih RENDAH ber...

Tindakan Semasa Jerebu

Image
Catatan 10 September 2015 Tindakan yang penting semasa jerebu. Jaga kesihatan ya. Pakai penutup hidung dan mulut 3 ply sekiranya berada di luar.

Beg Percutian Macam Beg Pindah Rumah?

Teks: Rafeah Wahi Musim cuti sekolah ini ramai yang balik kampung atau pergi makan angin dengan keluarga masing-masing. Indahnya amalan itu, selain merehatkan minda dan meluaskan pengalaman, sangat baik untuk merapatkan silaturrahim. Beg balik kampung atau beg melancong anda seberat mana? Adakah macam nak pindah rumah atau bercuti setahun? Kalau boleh, biarlah seringan yang mungkin. Tahukah anda, berat berlebihan dalam but kereta atau kargo kapal terbang menyebabkan penggunaan bahan api berbanding biasa. Akibatnya, anda perlu tuang lebih bahan api berbanding jika tiada muatan berlebihan. Kajian juga menunjukkan bahawa untuk setiap penambahan 45 kg beban kereta, ia mampu mengurangkan kecekapan bahan api sebanyak 2 peratus. Ya, 2 peratus mungkin kedengaran tidak banyak, namun kalau kita kira semula berapa jauh perjalanan sepanjang percutian itu, banyak bahan api yang sudah digunakan secara tidak cekap atau dengan kata mudahnya, membazir. Penggunaan bahan api berlebihan, seperti ...

Air oh Air

Image
Teks: Rafeah Wahi Bismillahirrahmanirrahim Kalau kita perhatikan, pada masa sekarang ada pelbagai jenis air di pasaran. Malah perdebatan berkenaan yang mana satu dari semua jenis air tersebut adalah lebih baik untuk kesihatan, juga tidak berkesudahan. Masing-masing pihak berkepentingan mengakui bahawa air mereka adalah yang terbaik. Di antara contoh air yang sering diminum oleh masyarakat bandar ialah air paip, air mineral semulajadi, air reverse-osmosis (RO), air beralkali, dan air minuman bertapis. Air paip Air paip sebenarnya cukup selamat untuk diminum kerana telah melalui proses pembuangan bahan cemar dan nyahkuman di loji rawatan air. Namun demikian, ada beberapa isu yang sering dikaitkan dengan air paip. Contohnya, warna air paip yang berubah kekuningan apabila sampai kepada pengguna akibat sistem perpaipan lama, penggunaan klorin dalam proses nyah kuman air dikatakan mengundang risiko kesihatan jangka panjang serta keperluan memasak air paip sebelum diminum untuk men...