Posts

Showing posts with the label KESIHATAN

6 Makanan Sihat Untuk Mata

6 Makanan Sihat Untuk Mata Selain menjaga kesihatan mata melalui aktiviti seharian, diet seimbang juga membantu mendapatkan mata yang sihat, terutama untuk kanak-kanak. Sayuran berdaun hijau seperti bayam dan kangkung. Ikan yang tinggi Omega 3 seperti salmon dan tuna. Makanan kaya dengan protein bukan daging, contohnya telur dan kekacang. Buah sitrus seperti oren dan lemon. Sayuran yang kaya vitamin C seperti brokoli, bunga kobis dan lada benggala. Makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging, ayam, kerang-kerangan dan bijirin serat penuh.

5 Toksik Utama Dalam Syampu

Image
Teks: Rafeah Wahi Bismillahirrahmanirrahim.. Lama sungguh saya tidak mencoret di blog. Kebetulan hari ini saya dapati syampu kanak-kanak yang baru dibeli minggu lepas sudah habis dibuat main oleh anak-anak semasa mandi, saya terpanggil untuk menulis entri kali ini. Gambar ihsan google. Pernah kah anda terfikir bahawa setiap hari, semasa anda dengan gembiranya mandi dan bersyampu anda sebenarnya menuangkan bahan kimia berbahaya ke kepala dan badan anda? Anda gosok-gosok, tenyeh-tenyeh kepala dengan syampu yang berbuih-buih mewah sehingga anda dapat rasa nikmatnya bersyampu. Tanpa disedari, sekurang-kurangnya 5 bahan kimia berbahaya telah dilepaskan ke sistem saraf dan darah anda. Bahan-bahan kimia ini memberi kesan buruk kepada kesihatan, contohnya sistem pembiakan, penyebab kanser dan merosakkan sistem saraf. Oleh itu, wajar anda perhatikan agar 5 bahan kimia berikut tidak ada dalam apa pun syampu pilihan anda: 1. Natrium Lauryl Sulfat (SLS) atau Natrium Laureth Sulfat...

Kisah Air Beras

Image
Kisah Air Beras Hari tu teruk juga ruam susu di muka baby Haya, walaupun saya sebenarnya rajin lap muka dia dengan air bersih lepas menyusu. 3 hari lepas baru berpeluang memasak nasi. Teringat saya petua emak tentang air beras. Jadi tiap kali masak nasi saya asingkan air basuhan beras yang ketiga. Lepas baby mandi pagi dan petang saya sapu air beras tu ke muka dia. Alhamdulillah memang mujarab dan boleh nampak ruam menghilang dengan segera. Sebenarnya air beras memang petua orang lama untuk kecantikan kulit. Air beras mengandungi vitamin B1, C dan E, selain mineral lain yang baik untuk mencerahkan, mengurangkan jerawat dan menegangkan kulit. Sekarang banyak dijual sabun air beras tapi kebanyakan mengandungi sabun yang boleh membuat kulit jadi terlalu kering. Orang dewasa pun boleh cuba petua air beras ni. Tapi untuk mereka yang tak kuasa nak tadah air beras, boleh makan vitamin B Complex, C dan E untuk kulit yang serius sihat. Saya pilih vitamin dari sumber tumbuhan dan...

Khasiat Luar Biasa Bawang Putih

Image
Teks: Rafeah Wahi Bawang putih merupakan sumber tumbuhan yang pasti ada di setiap rumah. Malahan, boleh dikatakan setiap hari kita makan bawang putih yang dimasukkan dalam masakan harian. Namun demikian, ramai yang mungkin masih belum tahu khasiat luar biasa bawang putih. Kali ini saya kongsikan khasiat bawang putih sebagai supplement yang mesra alam, hasil pembacaan saya [1], [2], [3].. Bawang putih (sumber: www.bbcgoodfood.com) 1. Bawang Putih Mencantikkan Rambut Bawang putih mempunyai kandungan acillin yang tinggi. Acillin ialah sejenis sebatian sulfur yang juga ditemui dalam bawang merah mampu merawat rambut gugur. Hanya ramas dan gosokkan hirisan bawang putih bersama minyak (contohnya minyak zaitun) ke kulit kepala secara konsisten untuk mendapat manfaatnya. 2. Bawang Putih Meredakan Jerawat Bawang putih kaya antioksidan yang mampu menghapuskan bakteria. Jadi anda boleh gosok perlahan hirisan bawang putih ke bahagian yang berjerawat sahaja untuk merawatnya. 3. Bawang Pu...