Posts

Showing posts with the label SISA PEPEJAL

Panduan Pengasingan Sisa Pepejal di Sumber/Punca.

Image
Artikel dan gambar-gambar ini berasal dari laman Facebook SWCorp Malaysia. Penafian: Tujuan pemaparan semula artikel dan gambar-gambar ini di dalam blog ini adalah semata-mata untuk membantu mendidik masyarakat mengenai pengasingan sampah dari punca. Empunya blog ini tidak mempunyai sebarang kepentingan peribadi hasil dari pemaparan artikel dan gambar-gambar ini. ************************************************************* Pengasingan sisa pepejal di sumber / punca.  Apa yg nak diasingkan tu??? 1) Sisa Baki Sisa yang tidak boleh dikitar semula dan akan dilupuskan di pusat pelupusan . Ikat sisa dengan kemas kemudian letakkan kedalam tong sampah, kutipan akan dilakukan 2 kali semiggu. 2) Sisa Kertas Sisa yang dihasilkan daripada kertas dan boleh dikitar semula. Perlu diasingkan, dimasukkan ke dalam bekas plastik dan diletakkan ditepi tong sampah, kutipan akan dilakukan sekali seminggu. 3) Sisa Plastik Sisa yang dihasilkan daripada plastik...

Pesan Makanan Secukupnya Sahaja

Image
Teks: Rafeah Wahi Siapa yang suka makan di luar? Ramai dari kalangan kita sering makan di luar, sama ada kerana tuntutan kerja, kekangan masa atau sekali-sekala berkumpul makan bersama keluarga atau rakan-rakan. Namun demikian, saya sering perhatikan makanan yang dipesan tidak habis dan bakinya dibiarkan sahaja, tidak dibawa pulang. Statistik menunjukkan bahawa lebih kurang separuh daripada sampah sarap yang dihasilkan di Malaysia berasal dari sisa makanan. Sisa organik seperti sisa makanan yang dibuang ke pusat pelupusan sampah menimbulkan bau busuk dan mengundang kedatangan serangga dan haiwan tertentu. Sisa organik juga meningkatkan penghasilan air larut lesap (leachate) yang menjadi punca pencemaran air dan tanah. Saya rasa sudah tiba masanya kita melakukan sesuatu yang mudah dilakukan oleh sesiapapun, tetapi memberi impak yang amat signifikan - Pesan makanan secukupnya sahaja. Amalkan berkongsi makanan untuk anak kecil di bawah 6 tahun kerana mereka tidak makan...

Pengurusan Sisa Pepejal: Ketahui Tanggungjawab Anda

Image
Teks: Rafeah Wahi Beberapa hari lepas saya sempat menonton Majalah 3 di TV3 yang memaparkan isu pengurusan sisa pepejal. Alhamdulillah bagi saya pendekatan santai yang digunakan melalui kisah Pak Mahat (seorang pemandu lori pengangkut sampah) telah dapat menerangkan secara umum betapa seriusnya isu pengurusan sisa pepejal di Malaysia. Tahukah anda bahawa secara purata rakyat Malaysia menghasilkan 0.8 kg sisa pepejal (sampah) setiap hari? Di bandar-bandar besar, lebih banyak sampah dihasilkan iaitu purata 1.5 kg sampah per kapita. Apakah maknanya statistik sebegini? Ini bermakna, di bandar-bandar besar, sebuah keluarga yang terdiri daripada ibu, bapa dan dua anak menghasilkan 6 kg sampah sehari atau 42 kg sampah seminggu atau 180 kg sampah sebulan. Seorang jurufoto profesional, Gregg Segal pernah menghasilkan suatu karya kreatif yang menggambarkan keadaan ini di dalam karya beliau yang bertajuk "7 Days of Garbage".  Apabila melihat gambar-gambar ini, sungguh mengerikan ba...