Inspirasi untuk pelajar pascasiswazah
Macam-macam jenis pengakuan ada. Tapi saya nak mengaku sesuatu malam ini.
Khas untuk semua pelajar pascasiswazah yang sedang bergelut dan merasa hampir putus asa. Derita tak berkesudahan, dugaan datang bertimpa-timpa, poket kosong tahap miskin tegar dan kepala hampir mendapat kerosakan kekal.
Saya dan beribu-ribu orang lain yang telah mengalaminya, merasa empati. Namun kami hanya mampu mendoakan dan menasihat saja. Hakikatnya ini adalah suatu proses yang hanya boleh dijalani oleh anda sendiri, dan hanya anda sendiri. Proses ini tak boleh dielakkan dan mesti dirasai juga.
Nak cakap sakit tu memang sakit. Saya ni kalau teringat kenangan belajar dulu...rasa macam dada ni kena cucuk pisau bertubi-tubi. Rasa terlalu sakit. Kadang-kadang air mata menitis tanpa disedari apabila terkenang. Ah, saya benci kenangan, namun kenanganlah yang mengekalkan kepala ini tunduk merendah hati.
Berita baik, percayalah setiap kisah mesti ada kesudahannya. Skrip itu kita tulis sendiri, kesudahan yang macam mana yang kita mahukan.
Saya dulu buat skrip bergambar. Saya buat carian google gambar graduan upm pakai baju konvo, lepas tu saya tampal muka saya di atas muka orang berbaju konvo itu. Itu kesudahan yang saya mahu visualisasikan, realisasikan.
Jadi macam mana? Nak kesudahan cerita ini bahagia? Kalau nak, redah saja perjalanan ini dengan tabah. Redah kasi pecah. Jangan toleh-toleh lagi.
**Nota tambahan: Co-supervisor saya dulu pernah cakap..kalau nak diikutkan eksperimen PhD boleh saja siap dalam 6 bulan. Tapi kenapa diberi 3 tahun? Kerana setiap orang akan mengalami dugaan tersendiri sepanjang tempoh tersebut. Tak dapat dielakkan lagi. Memang dah jalan yang perlu dilalui begitu, katanya.
Kesudahan yang terbaik pasti tiba.

Comments
Post a Comment