Ajak anak-anak membantu di rumah
Apabila budak-budak gotong royong basuh pinggan mangkuk. Siap sedia sajalah, selesai kerja membasuh lepas tu lantai pula basah. Mana tidaknya, kerja 50% main 50%.
Tapi tak apa, saya dapat masa berharga minum petang dengan bapak budak sementara mereka berperang di dapur. Sungguh membahagiakan!
Ada beberapa kajian yang menunjukkan bahawa terdapat perkaitan dengan kecerdasan minda dan kanak-kanak yang dibiasakan melakukan kerja-kerja rumah. Menurut kajian-kajian tersebut, aktiviti membantu ibu-bapa melakukan kerja-kerja di rumah bukan sahaja membantu perkembangan kepintaran mereka, tetapi juga perkembangan emosi mereka.
Antara cara-cara saya menggalakkan anak-anak membantu di rumah ialah dengan menerapkan bahawa kebersihan adalah sebahagian daripada iman, malah Rasulullah s.a.w. sangat mementingkan kebersihan dan kekemasan. Saya juga mengajak mereka sama-sama bekerja, bukan hanya menyuruh sahaja. Selepas tugasan siap, janganlah kedekut pujian. Sedekahkanlah anak-anak kata-kata yang baik sebagai pengukuhan terhadap perbuatan baik mereka.
Tidak perlu marah-marah dalam menyuruh anak-anak membantu di rumah. Arahan haruslah ringkas dan padat, dan jangan lupa tunjukkan cara melakukan pekerjaan yang kita suruh itu.
Sering-seringlah juga katakan kepada anak-anak betapa seronoknya rumah bersih dan kemas. Kadang-kadang saya katakan pada mereka, rasa cantik macam hotel pun ada!
Mereka pasti puas hati dan gembira, ibu ayah. Kita pun gembira kerana kerja-kerja rumah dapat dikongsi bersama!
Gambar arkib: Haya 'tolong' basuh pinggan.

Comments
Post a Comment