Posts

Showing posts from 2014

Beg Percutian Macam Beg Pindah Rumah?

Teks: Rafeah Wahi Musim cuti sekolah ini ramai yang balik kampung atau pergi makan angin dengan keluarga masing-masing. Indahnya amalan itu, selain merehatkan minda dan meluaskan pengalaman, sangat baik untuk merapatkan silaturrahim. Beg balik kampung atau beg melancong anda seberat mana? Adakah macam nak pindah rumah atau bercuti setahun? Kalau boleh, biarlah seringan yang mungkin. Tahukah anda, berat berlebihan dalam but kereta atau kargo kapal terbang menyebabkan penggunaan bahan api berbanding biasa. Akibatnya, anda perlu tuang lebih bahan api berbanding jika tiada muatan berlebihan. Kajian juga menunjukkan bahawa untuk setiap penambahan 45 kg beban kereta, ia mampu mengurangkan kecekapan bahan api sebanyak 2 peratus. Ya, 2 peratus mungkin kedengaran tidak banyak, namun kalau kita kira semula berapa jauh perjalanan sepanjang percutian itu, banyak bahan api yang sudah digunakan secara tidak cekap atau dengan kata mudahnya, membazir. Penggunaan bahan api berlebihan, seperti

Apa Falsafah Permainan Anda?

Image
Teks: Rafeah Wahi Apa falsafah permainan bagi anda? Adakah anda belikan permainan setiap kali anak meminta? Kalau boleh, semua ibu bapa inginkan alat permainan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Alat permainan yang selamat, menyeronokkan dan mendidik. Mungkin wajar bagi kita semua memikirkan semula falsafah alat permainan. Ini kerana kanak-kanak tidak memerlukan terlalu banyak alat permainan untuk bergembira dan belajar. Sebaiknya pilihlah alat permainan yang berkualiti biarpun harganya sedikit mahal. Janganlah pula setiap kali ke kedai kita belikan anak-anak alat permainan untuk membuat mereka diam dari rengekan dan amukan. Anak-anak itu amanah dari Tuhan, eloklah kita semaikan tabiat bermain yang baik dari kecil lagi. Di antara tips mesra alam memilih alat permainan untuk anak-anak: 1. Pilih alat permainan yang diperbuat daripada bahan semulajadi, contohnya kayu (tanpa cat/kemasan bertoksik) dan fabrik organik seperti kain kapas dan wool. Contoh blok kayu tanpa s

Pesan Makanan Secukupnya Sahaja

Image
Teks: Rafeah Wahi Siapa yang suka makan di luar? Ramai dari kalangan kita sering makan di luar, sama ada kerana tuntutan kerja, kekangan masa atau sekali-sekala berkumpul makan bersama keluarga atau rakan-rakan. Namun demikian, saya sering perhatikan makanan yang dipesan tidak habis dan bakinya dibiarkan sahaja, tidak dibawa pulang. Statistik menunjukkan bahawa lebih kurang separuh daripada sampah sarap yang dihasilkan di Malaysia berasal dari sisa makanan. Sisa organik seperti sisa makanan yang dibuang ke pusat pelupusan sampah menimbulkan bau busuk dan mengundang kedatangan serangga dan haiwan tertentu. Sisa organik juga meningkatkan penghasilan air larut lesap (leachate) yang menjadi punca pencemaran air dan tanah. Saya rasa sudah tiba masanya kita melakukan sesuatu yang mudah dilakukan oleh sesiapapun, tetapi memberi impak yang amat signifikan - Pesan makanan secukupnya sahaja. Amalkan berkongsi makanan untuk anak kecil di bawah 6 tahun kerana mereka tidak makan

Warisan Stokin Koyak

Image
Teks: Rafeah Wahi Cerita ini dipetik dari laman FB seorang sahabat. Namun nama pengarang tidak dinyatakan. Saya kongsikan untuk manfaat kita semua. Semoga penulis cerita ini mendapat pahala dan keberkatan. Amin.. Warisan Stokin Koyak Al-Kisah seorang kaya raya (millionaire), sedang sakit parah..menjelang ajal menjemput dikumpulkanlah anak-anak tercintanya...Beliau berwasiat: Anak-anakku...jika ayah sudah dipanggil yang Maha Kuasa, ada permintaan ayah kepada kalian "tolong di pakaikan stokin kesayangan ayah, walaupun stokin itu sudah koyak, ayah ingin pakai barang kesayangan semasa bekerja di ofis ayah dan minta kenangan stokin itu dipakai bila ayah dikubur nanti. Singkat cerita Akhir nya sang Ayah meninggal dunia. Saat mengurus Jenazah dan saat mengkafani, anak2nya minta ke pak imam untuk memakaikan stokin yg koyak itu sesuai wasiat ayahnya. Akan tetapi pak imam menolaknya: "maaf secara syariat hanya 2 lembar kain putih saja yang di perbolehkan dipakaikan kep

10 sebab untuk sambung PhD

Image
Teks: Rafeah Wahi Kebelakangan ini ramai yang mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana (Masters) selepas menamatkan ijazah pertama. Tiada masalah. Ramai yang berjaya menamatkan pelajaran di peirngkat Masters juga. Namun demikian, apabila ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD, ramai yang menjadi keliru. Mulalah pelbagai persoalan bermain-main di fikiran. Contohnya: "Bagus juga kalau sambung PhD. Tapi sudah tidak larat untuk menghadapi dunia menuntut ilmu dan penyelidikan. Sedangkan nak menamatkan pelajaran di peringkat Masters sahaja sudah nyawa-nyawa ikan. Mungkin kalau ambil PhD terus mati agaknya". "Bagus juga sambung PhD, tapi ingin nak merasai pengalaman bekerja. Kawan-kawan semua sudah bekerja tetap. Ada pendapatan tetap. Ada kereta. Ada rumah (ada ke?). Bila saudara-mara bertanya 'kerja apa?' sekurang-kurangnya tak lenguh nak menjawab jika dipertikaikan sudah besar panjang masih belajar lagi.&qu

Boikot Shaklee : Pandangan Peribadi Saya

Image
Teks: Rafeah Wahi Setahun yang lepas saya jatuh cinta kepada Shaklee. Selain dari tahap kesihatan yang lebih baik setelah mengamalkan produk Shaklee, ia juga telah membuka peluang tanpa had kepada saya untuk berkongsi, memberi dan menerima. Kebelakangan ini gempar dengan isu dan saranan memboikot Shaklee berdasarkan fakta bahawa CEO Shaklee merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah (BOD) untuk Yayasan Elie Wiesel. Sehingga tarikh artikel ini ditulis, saya memegang pendapat bahawa saya kekal bersama Shaklee dan tidak memboikot Shaklee. Pendapat ini saya simpulkan setelah mempertimbangkan perkara-perkara berikut: 1. Membaca dengan hati terbuka dan secara teliti dari awal hingga akhir artikel tulisan Dr. Zaharuddin di laman web beliau. Ini petikan penting artikel beliau (tanpa suntingan). Syarat Sebelum Sebaran Perlu diingat, selagi tiada edaran khusus, specifik dan rasmi oleh syarikat terbabit yang menyatakan mereka menyokong dan membantu serangan atas nama syarikat, se

Pengurusan Sisa Pepejal: Ketahui Tanggungjawab Anda

Image
Teks: Rafeah Wahi Beberapa hari lepas saya sempat menonton Majalah 3 di TV3 yang memaparkan isu pengurusan sisa pepejal. Alhamdulillah bagi saya pendekatan santai yang digunakan melalui kisah Pak Mahat (seorang pemandu lori pengangkut sampah) telah dapat menerangkan secara umum betapa seriusnya isu pengurusan sisa pepejal di Malaysia. Tahukah anda bahawa secara purata rakyat Malaysia menghasilkan 0.8 kg sisa pepejal (sampah) setiap hari? Di bandar-bandar besar, lebih banyak sampah dihasilkan iaitu purata 1.5 kg sampah per kapita. Apakah maknanya statistik sebegini? Ini bermakna, di bandar-bandar besar, sebuah keluarga yang terdiri daripada ibu, bapa dan dua anak menghasilkan 6 kg sampah sehari atau 42 kg sampah seminggu atau 180 kg sampah sebulan. Seorang jurufoto profesional, Gregg Segal pernah menghasilkan suatu karya kreatif yang menggambarkan keadaan ini di dalam karya beliau yang bertajuk "7 Days of Garbage".  Apabila melihat gambar-gambar ini, sungguh mengerikan ba

Catatan PhD (Bahagian 5)

Teks: Rafeah Wahi Setelah menyelesaikan beberapa perkara penting dan wajib pada semester 1 pengajian PhD, saya mula mengorak langkah ke makmal pada bulan Jun 2012, sebaik sahaja tamat peperiksaan akhir. Dua minggu pertama masuk makmal saya cuma habiskan kerja-kerja membersihkan meja kerja saya dan mengumpul radas/bahan yang saya perlukan. Ini catatan kelima saya untuk semester 1, iaitu ketika kali pertama saya memulakan eksperimen untuk kajian PhD saya. Catatan 5: 10 Julai 2012 Ticket to Success Funny - and I thought I'm the smart one. Yesterday was my 1st lab session on esterification. Before this I only come to lab to do grinding and sieving. Interestingly, I just found out that - 1. I didn't know how to control temperature while heating. 2. I didn't know which filter paper to use (pore size). 3. I didn't know how to separate sago bark from CaO. Practically, I was wasting my time and sago bark yesterday. Positively, I should think that failure is

Catatan PhD (Bahagian 4)

Teks: Rafeah Wahi Catatan keempat ini masih dibuat dalam semester 1 pengajian PhD saya. Bila saya baca semula catatan ini, saya ingat bahawa catatan ini saya tulis selepas membaca beberapa artikel di internet dan juga maklum balas dari kumpulan sokongan Doctorate Support Group (DSG). Oleh itu anda mungkin telah juga membaca catatan seperti ini di mana-mana sebelum ini. Catatan 4: 5 April 2012 Important Notes for Myself 1. I don't need a comprehensive proposal. Instead, I need a strong research framework. Strong RF will avoid major correction or resubmission of thesis. Set 2-5 months only for a proposal and proposal defense. 2. Writing thesis should start as early as possible. Don't wait until you finished taking coursework or get some experimental data. 3. First thing to write is LR, followed by methodology, intro, results&discussion, conclusion. 4. Don't limit to ask/learn from other professors apart from your supervisory committee. 5. Build communic

Catatan PhD (Bahagian 3)

Teks: Rafeah Wahi Ini catatan yang ketiga untuk semester 1 pengajian PhD saya. Saya sendiri terkejut bila membaca semula catatan ini saat ini. Rupa-rupanya saya dah menyesuaikan diri selepas hampir 2 bulan sahaja di Lembah Kelang. Apa yang lucunya ialah, pada ketika saya mengharungi semua cabaran itu saya rasa macam waktu tak berakhir. Saya rasa sehari bagaikan bertahun. Rupa-rupanya hanya 2 bulan. Senyum... Catatan 3: 28 Mac 2012 So Far So Real Good news: 1. Alhamdulillah, I'm already ok with route to UPM. 2. I still didn't come to UPM everyday. The most I can do is utilizing each minute in UPM every Tuesday, Wednesday and Friday. And burning my night candle too. My strategy is to wake up 6am. 6-9.30am to settle down everything I could (laundry, bathing children,breakfast). I left 'unimportant' task like laundry folding etc. Cooking only when necessary. 9.30-12pm on my work (if the kids allow me to). 12pm-6pm subang-upm-subang. 6pm-8pm settle down and sp

Jelajah Alam dengan Permainan Mencari Harta Karun

Image
Teks: Rafeah Wahi Permainan mencari harta karun ini amat anak-anak saya gemari, dan saya pasti anak-anak anda juga akan menggemarinya. Idea berkenaan permainan ini saya dapat dari Fan Page Meet Afzan Maria: The Early Childhood Practitioner. Permainan ini boleh dijalankan dengan cara yang mesra alam dan kosnya murah sahaja. Anda juga boleh gunakan apa juga sumber yang ada di rumah untuk menjayakan aktiviti ini. Banyak manfaat permainan ini. Contohnya menajamkan daya berfikir, teknik membaca peta, meningkatkan kemampuan bekerja dalam kumpulan, meningkatkan kecergasan fizikal dan menceriakan mereka! 1. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk permainan. a. Sampul duit raya terpakai (dalam sampul itu letakkan duit raya anak sendiri atau duit tabung hehe). Sampul ini juga boleh diganti dengan permainan sedia ada mereka yang dibalut cantik dan kemas. b. Peta ringkas kawasan pencarian harta karun. c. Arahan ringkas bagi permainan. 2. Terangkan tugas ketua dan ahli k

Catatan PhD (Bahagian 2)

Teks: Rafeah Wahi Ini catatan kedua yang saya janjikan untuk kongsikan bersama tempoh hari. Catatan ini saya ambil dari blog peribadi PhD saya. Catatan tentang bagaimana pada mulanya saya rasa kurang selesa apabila terdapat sedikit perubahan dalam tajuk kajian PhD saya. Ketika itu saya menganalisis kenapa sebenarnya saya rasa kurang selesa. Rupa-rupanya rasa kurang selesa itu timbul kerana saya malas keluar dari zon selesa demi memperluaskan jajahan ilmu. Tapi apa saya buat ketika itu? Akhirnya saya sahut cabaran tanpa berfikir sangat akan perkara-perkara negatif. Sebab apa? Sebab, jika terlalu banyak berfikir, akhirnya akan mencipta 1001 masalah yang tak pernah pun wujud. Catatan 2: 2 Mac 2012 Changed Direction My original title: Chemical modification of sago waste for the recovery of oil spills. Possible current title: Chemical modification of sago waste for pre-treatment of POME. Meaning: Additional reading on POME Rewriting of the proposal (which I thought al

Permainan Aktif dengan Sumber Sedia Ada di Rumah

Image
Teks: Rafeah Wahi Salam sayang semua. Ramai ibu bapa yang beranggapan bahawa membeli permainan mampu meningkatkan daya kreativiti anak, selain memberi mereka kegembiraan bermain. Pendapat itu tidak salah, namun boleh dipertingkatkan ke satu tahap yang lebih baik lagi dengan mengetahui satu fakta lagi. Fakta itu ialah, kanak-kanak juga mampu mendapat kegembiraan bermain dan peluang mempertingkatkan kreativiti mereka dengan menggunakan bahan yang sedia ada di rumah. Kanak-kanak sememangnya ciptaan Allah yang sangat fitrah dan mudah digembirakan. Terdapat banyak peralatan rumah dan bahan kitar semula yang mampu merealisasikan hasrat bermain dan memupuk kreativiti anak-anak. Saya kongsikan sebahagian daripadanya idea mesra alam ini: 1. Kotak Tidak kiralah kotak-kotak kecil seperti kotak ubat gigi dan kotak bijirin sarapan, mahupun kotak-kotak besar semuanya boleh dijadikan bahan permainan asalkan dipastikan bersih dan selamat. Berikan sahaja kotak tersebut dan lihat bagaimana si

Catatan PhD (Bahagian 1)

Teks: Rafeah Wahi Pagi ini saya berkesempatan membuka blog peribadi PhD saya yang telah lama saya abaikan. Saya rasa elok juga jika saya kongsi semula apa yang saya pernah tulis di situ untuk panduan rakan-rakan yang mungkin kehilangan motivasi atau merasa penat sepanjang perjalanan menuntut ilmu. Percayalah, semuanya asam garam yang ditempuhi oleh semua insan yang bergelar penuntut ilmu. Apa yang menarik, bila kejayaan sudah digenggam dan kita toleh semula ke masa silam kita akan terkejut dengan ketabahan diri kita sendiri. Kita akan terkejut dan terfikir-fikir bagaiman mampu kita menghadapi dugaan besar di masa silam itu. Kita akan senyum dan mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana perjalanan menuntut ilmu ini memberi erti hidup yang baru buat kita, dan menukar kita yang lama kepada kita yang lebih baik insyaAllah, hari ini. Baiklah, saya kongsikan ya. Bermula dari catatan peribadi 1 hingga 5 sahaja, kerana ini sahaja catatan peribadi yang saya jumpa. Maafkan saya kerana catata