Catatan PhD (Bahagian 2)

Teks: Rafeah Wahi


Ini catatan kedua yang saya janjikan untuk kongsikan bersama tempoh hari. Catatan ini saya ambil dari blog peribadi PhD saya. Catatan tentang bagaimana pada mulanya saya rasa kurang selesa apabila terdapat sedikit perubahan dalam tajuk kajian PhD saya. Ketika itu saya menganalisis kenapa sebenarnya saya rasa kurang selesa. Rupa-rupanya rasa kurang selesa itu timbul kerana saya malas keluar dari zon selesa demi memperluaskan jajahan ilmu.

Tapi apa saya buat ketika itu? Akhirnya saya sahut cabaran tanpa berfikir sangat akan perkara-perkara negatif. Sebab apa? Sebab, jika terlalu banyak berfikir, akhirnya akan mencipta 1001 masalah yang tak pernah pun wujud.


Catatan 2: 2 Mac 2012

Changed Direction

My original title: Chemical modification of sago waste for the recovery of oil spills.
Possible current title: Chemical modification of sago waste for pre-treatment of POME.

Meaning:
Additional reading on POME
Rewriting of the proposal (which I thought almost finished and need only to be polished a bit here and there)
Rethinking of the research design

Reason I don't want to do it:
I don't want additional reading
I don't want additional thinking
I don't want additional work

Reason I need to do it:
My supervisor said so
My Post doc said it's interesting and workable and he'll help me with it

Reason I want to do it: -
As of today - I don't want to do it and not very comfortable on the idea of doing it (although I have started searching articles related to POME oil treatment). Let's see if things change in a day or two.

Do I have time for thinking?


Cerita punya cerita, akhirnya tajuk baru tersebut menjadi tajuk tesis yang saya hantar ke Sekolah Pengajian Siswazah untuk pemeriksaan pada 23 Jun 2014.

Lihat apa terjadi bila kita berhenti berfikir banyak sangat. Segala hanya semudah 'Lakukan sahaja!'.


Salam sayang,

Rafeah Wahi

Comments

Popular posts from this blog

Apabila pensyarah lambat muat naik nota kuliah

10 sebab untuk sambung PhD

Jelajah Alam dengan Permainan Mencari Harta Karun