Jelajah Alam dengan Permainan Mencari Harta Karun

Teks: Rafeah Wahi


Permainan mencari harta karun ini amat anak-anak saya gemari, dan saya pasti anak-anak anda juga akan menggemarinya. Idea berkenaan permainan ini saya dapat dari Fan Page Meet Afzan Maria: The Early Childhood Practitioner.


Permainan ini boleh dijalankan dengan cara yang mesra alam dan kosnya murah sahaja. Anda juga boleh gunakan apa juga sumber yang ada di rumah untuk menjayakan aktiviti ini. Banyak manfaat permainan ini. Contohnya menajamkan daya berfikir, teknik membaca peta, meningkatkan kemampuan bekerja dalam kumpulan, meningkatkan kecergasan fizikal dan menceriakan mereka!


1. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk permainan.

a. Sampul duit raya terpakai (dalam sampul itu letakkan duit raya anak sendiri atau duit tabung hehe). Sampul ini juga boleh diganti dengan permainan sedia ada mereka yang dibalut cantik dan kemas.

b. Peta ringkas kawasan pencarian harta karun.

c. Arahan ringkas bagi permainan.





2. Terangkan tugas ketua dan ahli kumpulan, dan biar mereka berbincang memilih ketua kumpulan.


3. Minta ketua kumpulan membacakan arahan permainan.


4. Mulakan permainan. Beri sokongan dan rangsangan berfikir kepada anak-anak bila perlu.





5. Lihat wajah-wajah gembira mereka bila berjumpa harta karun. Biar mereka meneroka sehingga ke halaman rumah, padang rumput dan taman bunga anda!




6. Lihat dan rangsang mereka mengendalikan emosi dengan baik semasa permainan (Ada nampak budak menangis dalam gambar di bawah? Hehe. Menangis sebab berebut nak pegang harta karun).


7. Galakkan mereka bekerjasama.



8. Biar mereka sendiri yang kira duit/hadiah dan masukkan semula ke dalam tabung (di mana anda telah ambil duit dari tabung itu untuk permainan tadi hehe).



Mudah, murah dan mesra alam. Cubalah!


Salam sayang,

Rafeah Wahi

Comments

Popular posts from this blog

Apabila pensyarah lambat muat naik nota kuliah

10 sebab untuk sambung PhD