Catatan PhD (Bahagian 5)

Teks: Rafeah Wahi


Setelah menyelesaikan beberapa perkara penting dan wajib pada semester 1 pengajian PhD, saya mula mengorak langkah ke makmal pada bulan Jun 2012, sebaik sahaja tamat peperiksaan akhir. Dua minggu pertama masuk makmal saya cuma habiskan kerja-kerja membersihkan meja kerja saya dan mengumpul radas/bahan yang saya perlukan. Ini catatan kelima saya untuk semester 1, iaitu ketika kali pertama saya memulakan eksperimen untuk kajian PhD saya.


Catatan 5: 10 Julai 2012

Ticket to Success

Funny - and I thought I'm the smart one.
Yesterday was my 1st lab session on esterification. Before this I only come to lab to do grinding and sieving. Interestingly, I just found out that -
1. I didn't know how to control temperature while heating.
2. I didn't know which filter paper to use (pore size).
3. I didn't know how to separate sago bark from CaO.
Practically, I was wasting my time and sago bark yesterday. Positively, I should think that failure is a ticket to success. I trade my time with future success.
It's OK, try again.
So today, I am studying on matter 1-3. I rather trade my time for knowledge than making a lot of trials and errors at the same time wasting time, emotion and resources.


Ya, saya tidak malu mengaku bahawa di peringkat awal memulakan kajian ini saya tidak habis-habis diselubungi rasa bodoh yang seolah-olah tidak berkesudahan. Pagi bodoh, petang bodoh, siang bodoh, malam pun bodoh. Saya lihat pembantu makmal dan pelajar ijazah sarjana muda lebih pandai daripada saya. Saya ikhlas mengakuinya.

Kemudian saya mengaku bahawa saya perlu belajar lebih banyak dan saya mengingatkan diri bahawa memang itulah tujuan saya menuntut ilmu. Untuk belajar lebih banyak lagi.

Jadilah seseorang yang sanggup diajar, barulah kita dapat belajar.


Salam sayang,

Rafeah Wahi





Comments

Popular posts from this blog

Apabila pensyarah lambat muat naik nota kuliah

10 sebab untuk sambung PhD

Jelajah Alam dengan Permainan Mencari Harta Karun