Apa Falsafah Permainan Anda?
Teks: Rafeah Wahi
Apa falsafah permainan bagi anda? Adakah anda belikan permainan setiap kali anak meminta?
Kalau boleh, semua ibu bapa inginkan alat permainan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Alat permainan yang selamat, menyeronokkan dan mendidik.
Mungkin wajar bagi kita semua memikirkan semula falsafah alat permainan. Ini kerana kanak-kanak tidak memerlukan terlalu banyak alat permainan untuk bergembira dan belajar. Sebaiknya pilihlah alat permainan yang berkualiti biarpun harganya sedikit mahal.
Janganlah pula setiap kali ke kedai kita belikan anak-anak alat permainan untuk membuat mereka diam dari rengekan dan amukan. Anak-anak itu amanah dari Tuhan, eloklah kita semaikan tabiat bermain yang baik dari kecil lagi.
Di antara tips mesra alam memilih alat permainan untuk anak-anak:
1. Pilih alat permainan yang diperbuat daripada bahan semulajadi, contohnya kayu (tanpa cat/kemasan bertoksik) dan fabrik organik seperti kain kapas dan wool.
2. Cukup sekadar membeli sedikit sahaja alat permainan yang berkualiti dan mesra alam. Ia lebih selamat untuk bumi kita dan juga poket anda. Percayalah, anak lebih menghargai yang sedikit.
3. Setiap kali anda rasa anak anda memerlukan suatu alat permainan yang baru, fikir semula. Belek alat-alat permainan lama yang sedia ada dan fikirkna bagaimana ia boleh digunakan sebagai alat permainan yang lain tujuannya. Contohnya, sebiji bola mungkin boleh menjadi bola, atau planet, atau buah, atau boleh digunakan untuk mengenali warna dan bentuk, atau apa sahaja!
4. Belilah alat permainan yang tahan lama. Alat permainan yang berkualiti mungkin lebih mahal, tetapi mampu bertahan lama dan diwariskan dari anak sulung hingga anak bongsu, mahal ke generasi seterusnya.
5. Baca label semasa membeli permainan. Ambil tahu bahan yang digunakan untuk membuat alat permainan tersebut, dan dari mana ia datang. Sesetengah negara pengeluar alat permainan mempunyai undang-undang yang longgar ke atas alat permainan. Negara-negara pengeluar alat permainan seperti Eropah, Kanada dan Jepun mempunyai undang-undang alat permainan yang lebih mesra alam dan selamat. Mungkin ada boleh mempertimbangkan pilihan ini.
6. Ada baiknya juga mengutamakan membeli alat permainan berkualiti dan mesra alam buatan Malaysia berbanding alat permainan import. Membeli barangan tempatan bermakna kita membantu mengurangkan pembesasan gas rumah hijau yang kita ketahui banyak dibebaskan semasa proses pengangkutan.
7. Pilih alat permainan yang bersifat terbuka (open-ended). Alat permainan seperti ini menggalakkan kreativiti dan imaginasi. Alat permainan terbuka juga berguna untuk pelbagai jenis situasi bermain. Contoh alat permainan terbuka ialah blok kayu, skaf berwarna warni, blok binaan, bola dan kotak.
8. Elakkan membeli perhiasan dan kosmetik mainan yang murah. Permainan seperti ini mempunyai risiko yang tinggi untuk mengandungi plumbum. Kosmetik pula sudah tentu mengandungi banyak bahan kimia yang boleh dipersoalkan tahap keselamatannya untuk kanak-kanak.
9. Jika boleh, elakkan alat permainan plastik yang tidak berlabel. Umum mengetahui bahawa hampir mustahil untuk menghindarkan alat permainan plastik. Namun adalah baik sekiranya ibu bapa dapat mengambil berat berkenaan jenis plastik yang digunakan untuk membuat alat permainan plastik tersebut. Plastik yang selamat mempunyai label nombor 1, 2, 4 atau 5 di dalam anak panah berkejaran berbentuk segitiga (seperti dalam gambar). Sekiranya tiada label seperti ini, hubungi pengeluar alat permainan tersebut untuk kepastian.
10. Sentiasa peka dengan notis penarikan balik alat permainan dari pasaran. Jangan ambil mudah berita seperti ini, kerana ia ada kaitan dengan keselamatan anak anda.
11. Gunakan apa sahaja alat permainan yang ada untuk bergembira dan meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak. Apa yang penting bukan berapa banyak alat permainan yang anda ada, tetapi apa yang anda lakukan menggunakan alat permainan yang ada.
Selamat bermain!
Salam sayang penuh mesra alam,
Rafeah Wahi
Nota: Tips di atas dipetik, diterjemahkan dan diolah semula dari http://healthychild.org/easy-steps/12-tips-for-choosing-safe-eco-friendly-toys/

Contoh blok kayu tanpa sebarang kemasan (kanan gambar) dan tanpa kemasan toksik (kiri gambar). |

Blok binaan bukan sahaja dapat digunakan untuk membina pelbagai objek, malah boleh juga digunakan untuk permainan mengenali warna (Gambar hiasan: Anak saya Hasan sedang sibuk mengkelaskan warna) |
8. Elakkan membeli perhiasan dan kosmetik mainan yang murah. Permainan seperti ini mempunyai risiko yang tinggi untuk mengandungi plumbum. Kosmetik pula sudah tentu mengandungi banyak bahan kimia yang boleh dipersoalkan tahap keselamatannya untuk kanak-kanak.
9. Jika boleh, elakkan alat permainan plastik yang tidak berlabel. Umum mengetahui bahawa hampir mustahil untuk menghindarkan alat permainan plastik. Namun adalah baik sekiranya ibu bapa dapat mengambil berat berkenaan jenis plastik yang digunakan untuk membuat alat permainan plastik tersebut. Plastik yang selamat mempunyai label nombor 1, 2, 4 atau 5 di dalam anak panah berkejaran berbentuk segitiga (seperti dalam gambar). Sekiranya tiada label seperti ini, hubungi pengeluar alat permainan tersebut untuk kepastian.
Plastik yang selamat mempunyai label nombor 1, 2, 4 atau 5 di dalam anak panah berkejaran berbentuk segitiga |
10. Sentiasa peka dengan notis penarikan balik alat permainan dari pasaran. Jangan ambil mudah berita seperti ini, kerana ia ada kaitan dengan keselamatan anak anda.
11. Gunakan apa sahaja alat permainan yang ada untuk bergembira dan meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak. Apa yang penting bukan berapa banyak alat permainan yang anda ada, tetapi apa yang anda lakukan menggunakan alat permainan yang ada.
Selamat bermain!
Salam sayang penuh mesra alam,
Rafeah Wahi
Nota: Tips di atas dipetik, diterjemahkan dan diolah semula dari http://healthychild.org/easy-steps/12-tips-for-choosing-safe-eco-friendly-toys/
Comments
Post a Comment