Cukuplah orang lain mentertawakan kita

Beberapa pelajar datang ke pejabat saya petang tadi untuk urusan melengkapkan pendaftaran kursus ulangan mereka.

Sempat saya berpesan kepada mereka, alang-alang mengulang kursus biarlah sampai dapat A. Mereka terus sahaja pecah ketawa dan saling berpandangan antara satu sama lain.

Saya beritahu mereka, janganlah ketawakan diri sendiri. Asalkan berusaha tak ada benda yang mustahil.

Tapi Dr., terus-terang saya cakap saya ni lambat sikit kalau bahagian pengiraan. Saya tanya dia kembali, kalau begitu kamu rasa apa yang perlu kamu buat kali ini?
Ramai-ramai mereka menjawab, banyakkan latihan.

Yes, practice makes perfect. Everything that you want to master will need you to practice a lot.

So, boleh dapat A ya? tanya saya. Insyaallah boleh Dr., jawab mereka senyum-senyum.

Nota: Cukuplah orang lain mentertawakan kita. Jangan pula kita ketawakan diri sendiri. Percaya kepada diri sendiri bahawa kita mampu melakukan yang terbaik.


Comments

Popular posts from this blog

Apabila pensyarah lambat muat naik nota kuliah

Jelajah Alam dengan Permainan Mencari Harta Karun

10 sebab untuk sambung PhD