Tips Ibu Belajar

Mungkin ada kaum ibu yang tertanya-tanya macam mana mereka nak menangani pengajian pascasiswazah.

Selain doa dan sedekah dan sebagainya tu, petuanya ada 3.

1. Terima hakikat yang kita perlu bantuan seseorang untuk jaga anak-anak dengan baik semasa kita belajar (jangan mimpi nak buat kerja di rumah dengan budak2 ada...memang 99% tak mungkin).

2. Oleh itu, 95% tugas perlu disiapkan pada waktu bekerja. Disiplinkan diri 8am-5pm full blast tanpa gangguan sesiapa. Malam boleh bermain dengan anak2, settlekan urusan rumahtangga dan tidur!

3. Mesti dapat restu dan sokongan suami. Kalau dia tak restu, sangat susah sebab tak dapat kefahaman dan kerjasama sepenuhnya daripada dia.

Teringat semas belajar dahulu, kadang-kadang saya balik dengan emosi tak terbendung sebab eksperimen asyik tak menjadi. Suami, bila nampak saja muka berkerut saya, terus ajak anak-anak mengemas rumah (semua pura-pura menyapu, mengutip atau mengelap) atau buat aktiviti lain, agar saya boleh meredakan emosi saya terlebih dahulu. Hihi.

Kesimpulannya, mengandung, beranak dan membesarkan anak lebih susah dari belajar, maka kalau rasa ada keperluan sambung belajar sambunglah hingga berjaya!


Comments

Popular posts from this blog

Apabila pensyarah lambat muat naik nota kuliah

Jelajah Alam dengan Permainan Mencari Harta Karun

10 sebab untuk sambung PhD