Antara Kemas dan Sepah

Sedang saya sibuk menyapu dan mengemas, suami memandang saya sambil tersenyum. Katanya, esok petang bersepah lagi. Hihi.

Yalah, esok petang bersepah lagi. Sama seperti 9 x 365 hari yang lalu.

Tapi ibu-ibu tetap akan mengemas. Dan kemas. Dan kemas lagi.

Menurut pendapat sebahagian orang, rumah yang kemas atau dapur yang bersih menandakan masa yang terbuang. Maknanya, mengemas rumah dianggap sebagai suatu perbuatan yang sia-sia. Ini mungkin kerana, perbuatan itu perlu diulang-ulang setiap hari, sedangkan esok mungkin akan bersepah lagi.

Semoga kita tidak merasa sedemikian. Kerana Islam mengajar kita agar jangan meremeh-remehkan suatu perbuatan baik, biarpun ianya kelihatan kecil. Malah Allah swt berfirman di dalam Al-Quran bahawa kebaikan, biar sebesar biji sawi sahaja pun, akan diambil kira semasa hari perhitungan amal nanti.

Comments

Popular posts from this blog

Apabila pensyarah lambat muat naik nota kuliah

Jelajah Alam dengan Permainan Mencari Harta Karun

10 sebab untuk sambung PhD