Kisah Air Beras
Kisah Air Beras
Hari tu teruk juga ruam susu di muka baby Haya, walaupun saya sebenarnya rajin lap muka dia dengan air bersih lepas menyusu.
3 hari lepas baru berpeluang memasak nasi. Teringat saya petua emak tentang air beras. Jadi tiap kali masak nasi saya asingkan air basuhan beras yang ketiga. Lepas baby mandi pagi dan petang saya sapu air beras tu ke muka dia. Alhamdulillah memang mujarab dan boleh nampak ruam menghilang dengan segera.
Sebenarnya air beras memang petua orang lama untuk kecantikan kulit. Air beras mengandungi vitamin B1, C dan E, selain mineral lain yang baik untuk mencerahkan, mengurangkan jerawat dan menegangkan kulit.
Sekarang banyak dijual sabun air beras tapi kebanyakan mengandungi sabun yang boleh membuat kulit jadi terlalu kering.
Orang dewasa pun boleh cuba petua air beras ni. Tapi untuk mereka yang tak kuasa nak tadah air beras, boleh makan vitamin B Complex, C dan E untuk kulit yang serius sihat.
Saya pilih vitamin dari sumber tumbuhan dan organik. Sebab vitamin yang dari sumber semulajadi lebih mudah diserap tubuh berbanding vitamin yang sintetik. Ini fakta saintifik.
Saya ni lambat sedar tentang jaga kulit. Baru terkedek-kedek nak jaga pada umur 30-an. Tapi tak mengapalah kan. Biar lambat, asal bermula.
Ingat ya ~ vitamin cantik ialah B, C dan E.

Comments
Post a Comment