Pesan Anak 5475 Kali

Catatan 18 Julai 2017


Pada hujung minggu yang lalu, sempat bersembang dalam kereta dengan suami saya.

Saya: Mudah-mudahan anak-anak kita rajin solat dan faham kenapa mereka solat. Tak payah dipaksa-paksa, kan bang?

Suami: Umur 7-10 tahun = 3 tahun x 365 hari setahun x 5 kali sehari = berapa?


Saya: Erm...mungkin beribu?

Suami: Itu sahaja (caranya), apa-apa pun yang kita mahu anak ingat, kita kena pesan banyak kali.

Saya kira guna kalkulator. Banyak tu = 5475 kali.

Jadi pengajarannya marilah kita pesan selalu nilai-nilai yang baik. 

Kalau rasa dah banyak kali pesan tapi masih tak dengar kata, ingat saja..adakah kita sudah pesan lebih dari 5475 kali? 

Kalau belum, pesan lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Apabila pensyarah lambat muat naik nota kuliah

10 sebab untuk sambung PhD

Jelajah Alam dengan Permainan Mencari Harta Karun