Cara Mengajar Anak Tadika Membaca dalam Bahasa Inggeris
Catatan 17 Julai
Hari ini saya membuat satu pertanyaan di laman Facebook saya, berkenaan cara-cara mengajar anak tadika membaca dalam Bahasa Inggeris.
Pelbagai cadangan bernas telah dikemukakan oleh sahabat-sahabat Facebook saya.
Insyaallah saya akan ringkaskan di sini untuk manfaat kita bersama.
1. Pastikan anak sudah boleh membaca dalam bahasa ibunda dahulu (Bahasa Melayu), barulah mengajarnya membaca dalam Bahasa Inggeris.
2. Gunakan kaedah fonetik untuk mengajar anak-anak membaca dalam Bahasa Inggeris. Ramai sahabat mencadangkan buku Read Easy.
3. Untuk menambahkan kosa kata Bahasa Inggeris, galakkan anak-anak untuk membaca buku dalam Bahasa Inggeris mudah, dan ditingkatkan tahap kesukarannya hari demi hari. Contoh buku yang dicadangkan ialah Peter and Jane.
4. Jika anak-anak sudah biasa dengan kosa kata yang dibaca, ada tiga kemahiran penting Bahasa Inggeris yang perlu ditekankan oleh ibu-bapa iaitu membaca, bertutur, dan mendengar (Read, Speak, Listen). Insyaallah jika tiga perkara ini sudah dikuasai anak-anak, mereka boleh menguasai kemahiran menulis (Write).
5. Ada sahabat Facebook yang mencadangkan kaedah mengajak anak-anak menonton video fonetik atau animasi Bahasa Inggeris.
6. Ada juga yang mencadangkan kegunaan pen bercakap (talking pen).
7. Satu lagi kaedah menarik - satu minggu, satu buku cerita Bahasa Inggeris.
8. Selain itu, ramai sahabat Facebook yang mencadangkan ibu-bapa untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris di rumah, agar anak mudah menambah kosa kata dan memahami Bahasa Inggeris.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada para ibu-bapa.

Comments
Post a Comment