Buku perpustakaan pun bersepah

BUKU PERPUSTAKAAN PUN BERSEPAH JUGA UMI!

Alhamdulillah hilang serabut saya pagi ni bila tengok rak buku dah dikemas. Manakan tidak, dah sebulan agak ya buku-buku bersepah di rak ni. Saya cakap, tolong susun kemas macam di perpustakaan sekolah ya? Anak-anak jawab buku perpustakaan sekolah pun bersepah macam ni umi! Pengawas dan cikgu dah tak larat nak kemas sebab budak2 asyik sepahkan.

Aduhai anak... Oklah ayah ibu, mari kita didik anak sedari kecil tentang pentingnya mengemas semula buku selepas dibaca. Dan tolong kemas saja walaupun bukan kita yang sepahkan buku-buku itu.

Sesungguhnya kebersihan dan kekemasan itu sebahagian dari sifat Nabi s.a.w.


Comments

Popular posts from this blog

Apabila pensyarah lambat muat naik nota kuliah

Jelajah Alam dengan Permainan Mencari Harta Karun

10 sebab untuk sambung PhD