Teks: Rafeah Wahi Kebelakangan ini ramai yang mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana (Masters) selepas menamatkan ijazah pertama. Tiada masalah. Ramai yang berjaya menamatkan pelajaran di peirngkat Masters juga. Namun demikian, apabila ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD, ramai yang menjadi keliru. Mulalah pelbagai persoalan bermain-main di fikiran. Contohnya: "Bagus juga kalau sambung PhD. Tapi sudah tidak larat untuk menghadapi dunia menuntut ilmu dan penyelidikan. Sedangkan nak menamatkan pelajaran di peringkat Masters sahaja sudah nyawa-nyawa ikan. Mungkin kalau ambil PhD terus mati agaknya". "Bagus juga sambung PhD, tapi ingin nak merasai pengalaman bekerja. Kawan-kawan semua sudah bekerja tetap. Ada pendapatan tetap. Ada kereta. Ada rumah (ada ke?). Bila saudara-mara bertanya 'kerja apa?' sekurang-kurangnya tak lenguh nak menjawab jika dipertikaikan sudah besar panjang masih belajar lagi....
Teks: Rafeah Wahi Penat mengutip alat tulis anak-anak yang bersepah. Apatah lagi bila bercampur baur jenisnya, ada pensel warna, pensel, pemadam, krayon. Paling parah apabila kotak pensel warna atau krayon habis dikoyakkan. Setiap keluarga yang punya anak-anak kecil wajib ada cara yang sistematik untuk menyimpan alat tulis. Salah satu caranya ialah dengan mewujudkan bekas "semua dalam satu". Bekas ini mengandungi semua alat tulis yang diperlukan dan mudah dibawa ke mana-mana ruang rumah apabila hendak digunakan. Saya pun buka kabinet dapur untuk mencari bahan-bahan yang mungkin saya boleh kitar semula. Saya terjumpa bekas hadiah barangan bayi yang mempunyai pemegang. Kemudian terjumpa 1 set gelas melamin lama yang sudah lusuh. Ini sudah bagus! Saya terus ke almari buku untuk mencari kalau-kalau ada kulit buku mewarna yang sudah koyak atau tidak digunakan. Ini kerana saya sudah mendapat ilham untuk membuat bekas alat tulis itu. Proses membuatnya mudah sahaja. 1. Lipat ...
Teks: Rafeah Wahi Permainan mencari harta karun ini amat anak-anak saya gemari, dan saya pasti anak-anak anda juga akan menggemarinya. Idea berkenaan permainan ini saya dapat dari Fan Page Meet Afzan Maria: The Early Childhood Practitioner. Permainan ini boleh dijalankan dengan cara yang mesra alam dan kosnya murah sahaja. Anda juga boleh gunakan apa juga sumber yang ada di rumah untuk menjayakan aktiviti ini. Banyak manfaat permainan ini. Contohnya menajamkan daya berfikir, teknik membaca peta, meningkatkan kemampuan bekerja dalam kumpulan, meningkatkan kecergasan fizikal dan menceriakan mereka! 1. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk permainan. a. Sampul duit raya terpakai (dalam sampul itu letakkan duit raya anak sendiri atau duit tabung hehe). Sampul ini juga boleh diganti dengan permainan sedia ada mereka yang dibalut cantik dan kemas. b. Peta ringkas kawasan pencarian harta karun. c. Arahan ringkas bagi permainan. 2. Terangkan tugas ketua dan ahli k...
Comments
Post a Comment