Jerebu 2015

Catatan 25 Oktober 2015

Saya kongsi sedikit tentang JEREBU ya.
Jerebu adalah debu atau partikel halus. Punyalah halus, sehingga BULU HIDUNG pun tak mampu menghalangnya dari pada masuk ke sistem pernafasan.
Sebab itu kita digalakkan untuk memakai topeng yang sesuai untuk mengelakkan hidung dan mulut terdedah secara langsung dengan partikel jerebu.
Habis tu kalau BULU HIDUNG yang Allah ciptakan sebagai "air filter" semula jadi tak mampu menghalang partikel jerebu masuk ke sistem pernafasan, apa jadi ya?
Jadinya, partikel jerebu masuk terus ke PARU-PARU, menyebabkannya BEKERJA LEBIH KERAS dari biasa.
Kalau semua perasan, kejadian jerebu sudah bermula SEJAK 1997 lagi, dan berulang setiap tahun. Dah berapa tahun tu? Lekas congak.
Ya, hampir 20 tahun. Dapatkah kita mengawal jerebu daripada masuk ke ruang udara negara kita? Jawapannya TIDAK.
Kenapa SEKOLAH DITUTUP semasa jerebu meruncing? Kerana kanak-kanak secara umumnya mempunyai SISTEM IMUN yang lebih RENDAH berbanding orang dewasa. Oleh itu risiko amat besar jika mereka terdedah kepada jerebu.
Habis tu orang dewasa bagaimana? Aktiviti perlu DITERUSKAN seperti biasa dengan penjagaan rapi terhadap kesihatan untuk kelangsungan hidup dan ekonomi. KECUALI anda mempunyai faktor risiko yang lebih tinggi dari normal.
Jerebu meningkatkan kemungkinan serangan asma, serangan sakit jantung, iritasi mata dan gangguan sistem pernafasan.
Entah sampai bila manusia akan RAKUS seolah-olah DIRASUK. Yang difikirkan cuma keuntungan dan kesenangan diri sahaja. Mereka lah PEMBUNUH bukan sahaja pembunuh manusia, tetapi juga penghuni habitat semula jadi seperti haiwan liar.
Cuba kita belajar dari negara-negara pertanian termaju di dunia. Mereka tidak bakar hutan. Tapi mereka maju juga.
Allah...hentikanlah tangan-tangan rakus itu. Kalau bukan secara lembut, kasar pun tak mengapa kot Ya Allah.
Di pihak kita sendiri, tak dapat kawal jerebu maka kawal lah kesihatan sendiri. Jangan tunggu sampai melarat.
Sekian coretan petang dari saya.



Comments

Popular posts from this blog

Apabila pensyarah lambat muat naik nota kuliah

Jelajah Alam dengan Permainan Mencari Harta Karun

10 sebab untuk sambung PhD