Posts

Showing posts from July, 2014

Pengurusan Sisa Pepejal: Ketahui Tanggungjawab Anda

Image
Teks: Rafeah Wahi Beberapa hari lepas saya sempat menonton Majalah 3 di TV3 yang memaparkan isu pengurusan sisa pepejal. Alhamdulillah bagi saya pendekatan santai yang digunakan melalui kisah Pak Mahat (seorang pemandu lori pengangkut sampah) telah dapat menerangkan secara umum betapa seriusnya isu pengurusan sisa pepejal di Malaysia. Tahukah anda bahawa secara purata rakyat Malaysia menghasilkan 0.8 kg sisa pepejal (sampah) setiap hari? Di bandar-bandar besar, lebih banyak sampah dihasilkan iaitu purata 1.5 kg sampah per kapita. Apakah maknanya statistik sebegini? Ini bermakna, di bandar-bandar besar, sebuah keluarga yang terdiri daripada ibu, bapa dan dua anak menghasilkan 6 kg sampah sehari atau 42 kg sampah seminggu atau 180 kg sampah sebulan. Seorang jurufoto profesional, Gregg Segal pernah menghasilkan suatu karya kreatif yang menggambarkan keadaan ini di dalam karya beliau yang bertajuk "7 Days of Garbage".  Apabila melihat gambar-gambar ini, sungguh mengerikan ba...

Catatan PhD (Bahagian 5)

Teks: Rafeah Wahi Setelah menyelesaikan beberapa perkara penting dan wajib pada semester 1 pengajian PhD, saya mula mengorak langkah ke makmal pada bulan Jun 2012, sebaik sahaja tamat peperiksaan akhir. Dua minggu pertama masuk makmal saya cuma habiskan kerja-kerja membersihkan meja kerja saya dan mengumpul radas/bahan yang saya perlukan. Ini catatan kelima saya untuk semester 1, iaitu ketika kali pertama saya memulakan eksperimen untuk kajian PhD saya. Catatan 5: 10 Julai 2012 Ticket to Success Funny - and I thought I'm the smart one. Yesterday was my 1st lab session on esterification. Before this I only come to lab to do grinding and sieving. Interestingly, I just found out that - 1. I didn't know how to control temperature while heating. 2. I didn't know which filter paper to use (pore size). 3. I didn't know how to separate sago bark from CaO. Practically, I was wasting my time and sago bark yesterday. Positively, I should think that failure is ...

Catatan PhD (Bahagian 4)

Teks: Rafeah Wahi Catatan keempat ini masih dibuat dalam semester 1 pengajian PhD saya. Bila saya baca semula catatan ini, saya ingat bahawa catatan ini saya tulis selepas membaca beberapa artikel di internet dan juga maklum balas dari kumpulan sokongan Doctorate Support Group (DSG). Oleh itu anda mungkin telah juga membaca catatan seperti ini di mana-mana sebelum ini. Catatan 4: 5 April 2012 Important Notes for Myself 1. I don't need a comprehensive proposal. Instead, I need a strong research framework. Strong RF will avoid major correction or resubmission of thesis. Set 2-5 months only for a proposal and proposal defense. 2. Writing thesis should start as early as possible. Don't wait until you finished taking coursework or get some experimental data. 3. First thing to write is LR, followed by methodology, intro, results&discussion, conclusion. 4. Don't limit to ask/learn from other professors apart from your supervisory committee. 5. Build communic...

Catatan PhD (Bahagian 3)

Teks: Rafeah Wahi Ini catatan yang ketiga untuk semester 1 pengajian PhD saya. Saya sendiri terkejut bila membaca semula catatan ini saat ini. Rupa-rupanya saya dah menyesuaikan diri selepas hampir 2 bulan sahaja di Lembah Kelang. Apa yang lucunya ialah, pada ketika saya mengharungi semua cabaran itu saya rasa macam waktu tak berakhir. Saya rasa sehari bagaikan bertahun. Rupa-rupanya hanya 2 bulan. Senyum... Catatan 3: 28 Mac 2012 So Far So Real Good news: 1. Alhamdulillah, I'm already ok with route to UPM. 2. I still didn't come to UPM everyday. The most I can do is utilizing each minute in UPM every Tuesday, Wednesday and Friday. And burning my night candle too. My strategy is to wake up 6am. 6-9.30am to settle down everything I could (laundry, bathing children,breakfast). I left 'unimportant' task like laundry folding etc. Cooking only when necessary. 9.30-12pm on my work (if the kids allow me to). 12pm-6pm subang-upm-subang. 6pm-8pm settle down and sp...

Jelajah Alam dengan Permainan Mencari Harta Karun

Image
Teks: Rafeah Wahi Permainan mencari harta karun ini amat anak-anak saya gemari, dan saya pasti anak-anak anda juga akan menggemarinya. Idea berkenaan permainan ini saya dapat dari Fan Page Meet Afzan Maria: The Early Childhood Practitioner. Permainan ini boleh dijalankan dengan cara yang mesra alam dan kosnya murah sahaja. Anda juga boleh gunakan apa juga sumber yang ada di rumah untuk menjayakan aktiviti ini. Banyak manfaat permainan ini. Contohnya menajamkan daya berfikir, teknik membaca peta, meningkatkan kemampuan bekerja dalam kumpulan, meningkatkan kecergasan fizikal dan menceriakan mereka! 1. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk permainan. a. Sampul duit raya terpakai (dalam sampul itu letakkan duit raya anak sendiri atau duit tabung hehe). Sampul ini juga boleh diganti dengan permainan sedia ada mereka yang dibalut cantik dan kemas. b. Peta ringkas kawasan pencarian harta karun. c. Arahan ringkas bagi permainan. 2. Terangkan tugas ketua dan ahli k...

Catatan PhD (Bahagian 2)

Teks: Rafeah Wahi Ini catatan kedua yang saya janjikan untuk kongsikan bersama tempoh hari. Catatan ini saya ambil dari blog peribadi PhD saya. Catatan tentang bagaimana pada mulanya saya rasa kurang selesa apabila terdapat sedikit perubahan dalam tajuk kajian PhD saya. Ketika itu saya menganalisis kenapa sebenarnya saya rasa kurang selesa. Rupa-rupanya rasa kurang selesa itu timbul kerana saya malas keluar dari zon selesa demi memperluaskan jajahan ilmu. Tapi apa saya buat ketika itu? Akhirnya saya sahut cabaran tanpa berfikir sangat akan perkara-perkara negatif. Sebab apa? Sebab, jika terlalu banyak berfikir, akhirnya akan mencipta 1001 masalah yang tak pernah pun wujud. Catatan 2: 2 Mac 2012 Changed Direction My original title: Chemical modification of sago waste for the recovery of oil spills. Possible current title: Chemical modification of sago waste for pre-treatment of POME. Meaning: Additional reading on POME Rewriting of the proposal (which I thought al...

Permainan Aktif dengan Sumber Sedia Ada di Rumah

Image
Teks: Rafeah Wahi Salam sayang semua. Ramai ibu bapa yang beranggapan bahawa membeli permainan mampu meningkatkan daya kreativiti anak, selain memberi mereka kegembiraan bermain. Pendapat itu tidak salah, namun boleh dipertingkatkan ke satu tahap yang lebih baik lagi dengan mengetahui satu fakta lagi. Fakta itu ialah, kanak-kanak juga mampu mendapat kegembiraan bermain dan peluang mempertingkatkan kreativiti mereka dengan menggunakan bahan yang sedia ada di rumah. Kanak-kanak sememangnya ciptaan Allah yang sangat fitrah dan mudah digembirakan. Terdapat banyak peralatan rumah dan bahan kitar semula yang mampu merealisasikan hasrat bermain dan memupuk kreativiti anak-anak. Saya kongsikan sebahagian daripadanya idea mesra alam ini: 1. Kotak Tidak kiralah kotak-kotak kecil seperti kotak ubat gigi dan kotak bijirin sarapan, mahupun kotak-kotak besar semuanya boleh dijadikan bahan permainan asalkan dipastikan bersih dan selamat. Berikan sahaja kotak tersebut dan lihat bagaimana si ...

Catatan PhD (Bahagian 1)

Teks: Rafeah Wahi Pagi ini saya berkesempatan membuka blog peribadi PhD saya yang telah lama saya abaikan. Saya rasa elok juga jika saya kongsi semula apa yang saya pernah tulis di situ untuk panduan rakan-rakan yang mungkin kehilangan motivasi atau merasa penat sepanjang perjalanan menuntut ilmu. Percayalah, semuanya asam garam yang ditempuhi oleh semua insan yang bergelar penuntut ilmu. Apa yang menarik, bila kejayaan sudah digenggam dan kita toleh semula ke masa silam kita akan terkejut dengan ketabahan diri kita sendiri. Kita akan terkejut dan terfikir-fikir bagaiman mampu kita menghadapi dugaan besar di masa silam itu. Kita akan senyum dan mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana perjalanan menuntut ilmu ini memberi erti hidup yang baru buat kita, dan menukar kita yang lama kepada kita yang lebih baik insyaAllah, hari ini. Baiklah, saya kongsikan ya. Bermula dari catatan peribadi 1 hingga 5 sahaja, kerana ini sahaja catatan peribadi yang saya jumpa. Maafkan saya kerana catata...