Pesanan Untuk Pelajar

Panduan Masuk Kuliah Semester Baru

1. Pembelajaran cuma boleh berlaku secara aktif. Pensyarah tidak dapat membuka kepalamu dan menuang ilmu ke dalamnya.
Tindakan: Bersedia, catat, tanya soalan, berbincang, ulangkaji.

2.Tugas pensyarah adalah untuk membantu anda belajar, bukan menyuap informasi supaya boleh anda muntahkan kembali semasa peperiksaan.
Tindakan: Bertanggungjawab sepenuhnya dengan pembelajaran sendiri. Lihat perkara 1.

3. Lain diajar, lain yang masuk peperiksaan. Itu hanya berlaku jika anda tidak faham konsep asas sesuatu topik.
Tindakan: Belajar kerana hendak faham, bukan sekadar menghafal. Buat latihan yang berbentuk aplikasi konsep dan penyelesaian masalah.

If you don't know what this means you will learn.

Comments