Teguran Allah Melalui Anak


Catatan 15 Ogos 2017, 8.46 pm

Lambat sedikit solat maghrib tadi. Bergilir dengan suami kerana bayi kami yang paling kecil, Ali, meragam.

Apabila tiba giliran saya nak solat anak-anak bertanya, "Hai, Umi belum solat lagi?"Saya katakan yang saya belum solat kerana meladeni Ali yang menangis sejak tadi.

Tiba-tiba Hasan, dengan muka tulus ikhlas bertanya (sambil minum susu), "Umi, solat atau anak lebih penting sebenarnya?"

Pangg!!!! Saya rasa bagaikan ditampar. Saya segera berlalu untuk masuk ke bilik.

Mungkin sebenarnya Allah swt yang nak tegur perbuatan saya melewat-lewatkan solat, melalui anak saya.


Gambar: Saya dan Hasan

Comments

Popular posts from this blog

Apabila pensyarah lambat muat naik nota kuliah

10 sebab untuk sambung PhD

Jelajah Alam dengan Permainan Mencari Harta Karun