Cara Mudah Buang Label di Botol Kaca
Aktiviti hari ini. Buang label dari botol-botol kaca terpakai.
Caranya, rendam sekejap dalam air sabun, kemudian tanggalkan label sebanyak mungkin. Label atau kesan gam yang degil kami buang guna campuran soda bikarbonat dan minyak masak dengan nisbah 1:1.
Sebelum ini saya lebih suka berikan kepada orang atau ke pusat kitar semula saja. Tapi kali ini sengaja nak ajak anak-anak beraktiviti. Kami fikir mungkin kami boleh upcycle botol-botol ni dan jual. Hasil jualan untuk masuk tabung derma. Musa kata mustahil ada orang nak beli botol. Saya kata, jom cuba dulu.
Comments
Post a Comment