Bunga Bukan Sekadar Penyeri Alam
Teks: Rafeah Wahi
Saya memang minat menanam sayur kerana bila tiba masanya, hasil boleh dimakan. Sebaliknya, dahulu saya kurang berminat menanam bunga. Memang bunga itu cantik, tetapi selain daripada itu, saya tidak nampak keperluan dan manfaat menanam bunga.
Namun demikian, baru-baru ini saya ada membaca berkenaan manfaat bunga dan mula menghargai bunga-bunga yang ditanam oleh suami di sekitar rumah kami. Rupanya-rupanya bunga bukan sekadar penyeri alam.
Beberapa manfaat bunga kepada emosi manusia, menurut kajian di Universiti Havard [1] adalah seperti berikut:
1. Bunga menggalakkan rasa belas kasihan.
Kajian menunjukkan bahawa peserta kajian yang hidup bersama bunga segar selama seminggu dapat merasakan peningkatan dalam perasaan belas kasihan dan kebaikan kepada orang lain.
2. Bunga mampu menghindarkan gelisah, risau dan murung di rumah.
Secara umumnya, perasaan negatif peserta berkurang selepas sekitar rumah dihias dengan bunga hanya selepas beberapa hari. Peserta-peserta ini meletakkan bunga di dapur, ruang makan dan ruang tamu dan mengatakan bahawa apabila bangun pagi, perkara pertama yang mereka ingin lihat ialah bunga tersebut.
3. Bunga mampu memberi tenaga dan semangat.
Bunga-bungaan di rumah mampu memberi impak positif terhadap mood kerja juga. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang dikelilingi bunga di rumah kebanyakannya lebih merasa gembira dan mempunyai semangat dan tenaga bekerja yang lebih di pejabat.
Secara umumnya, kajian juga menunjukkan bahawa mereka yang dikelilingi bunga dalam kehidupan seharian mengalami kurang rasa gelisah dan murung.
Kesimpulannya, bunga bukan sekadar penyeri alam. Sesungguhnya benarlah tiada satu pun makhluk yang Allah ciptakan dengan sia-sia, termasuk bunga-bungaan.

Suami memang rajin berkebun
Beberapa manfaat bunga kepada emosi manusia, menurut kajian di Universiti Havard [1] adalah seperti berikut:
1. Bunga menggalakkan rasa belas kasihan.
Kajian menunjukkan bahawa peserta kajian yang hidup bersama bunga segar selama seminggu dapat merasakan peningkatan dalam perasaan belas kasihan dan kebaikan kepada orang lain.
2. Bunga mampu menghindarkan gelisah, risau dan murung di rumah.
Secara umumnya, perasaan negatif peserta berkurang selepas sekitar rumah dihias dengan bunga hanya selepas beberapa hari. Peserta-peserta ini meletakkan bunga di dapur, ruang makan dan ruang tamu dan mengatakan bahawa apabila bangun pagi, perkara pertama yang mereka ingin lihat ialah bunga tersebut.
Bunga ibarat terapi emosi manusia
Bunga-bungaan di rumah mampu memberi impak positif terhadap mood kerja juga. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang dikelilingi bunga di rumah kebanyakannya lebih merasa gembira dan mempunyai semangat dan tenaga bekerja yang lebih di pejabat.
Secara umumnya, kajian juga menunjukkan bahawa mereka yang dikelilingi bunga dalam kehidupan seharian mengalami kurang rasa gelisah dan murung.
Kesimpulannya, bunga bukan sekadar penyeri alam. Sesungguhnya benarlah tiada satu pun makhluk yang Allah ciptakan dengan sia-sia, termasuk bunga-bungaan.
Sebahagian koleksi bunga di rumah, gambar-gambar ketika baru sebulan ditanam pada tahun 2013.
Salam sayang penuh mesra alam,
RW
Rujukan:
[1] http://www.aboutflowers.com/health-benefits-a-research/home-ecology-of-flowers-study.html
Comments
Post a Comment