Bakul Alat Tulis

Teks: Rafeah Wahi

Penat mengutip alat tulis anak-anak yang bersepah. Apatah lagi bila bercampur baur jenisnya, ada pensel warna, pensel, pemadam, krayon. Paling parah apabila kotak pensel warna atau krayon habis dikoyakkan. Setiap keluarga yang punya anak-anak kecil wajib ada cara yang sistematik untuk menyimpan alat tulis. Salah satu caranya ialah dengan mewujudkan bekas "semua dalam satu". Bekas ini mengandungi semua alat tulis yang diperlukan dan mudah dibawa ke mana-mana ruang rumah apabila hendak digunakan.

Saya pun buka kabinet dapur untuk mencari bahan-bahan yang mungkin saya boleh kitar semula. Saya terjumpa bekas hadiah barangan bayi yang mempunyai pemegang. Kemudian terjumpa 1 set gelas melamin lama yang sudah lusuh. Ini sudah bagus! Saya terus ke almari buku untuk mencari kalau-kalau ada kulit buku mewarna yang sudah koyak atau tidak digunakan. Ini kerana saya sudah mendapat ilham untuk membuat bekas alat tulis itu.

Proses membuatnya mudah sahaja.

1. Lipat memanjang kulit buku/kadbod dan gunting mengikut saiz bekas alat tulis. Buat 2 set agar dapat membuat 4 bahagian.
2. gunting bahagian tengah kepingan kulit buku/kadbod tersebut tapi jangan sampai ke hujung. Kita buat tanggam dan lekatkan menggunakan pita selofan.
3. Masukkan kulit buku/kadbod yang sudah siap dilekatkan ke dalam bekas alat tulis. Kemudian lekatkan setiap hujung kulit buku/kadbod kepada dinding dalam bekas untuk mengukuhkannya.
4. Masukkan gelas melamin ke setiap bahagian.
5. Masukkan alat tulis anda ke dalam bekas melamin tersebut.






Mudah sahaja kan? Kalau hendak kitar semula, memang boleh sangat..

Selamat mencuba! Salam sayang penuh mesra alam.

RW


Comments

Popular posts from this blog

Apabila pensyarah lambat muat naik nota kuliah

10 sebab untuk sambung PhD

Jelajah Alam dengan Permainan Mencari Harta Karun