Mak, Saya Malu Nak Pakai Pelapik Kain!
Teks: Rafeah
Wahi
“Mak, saya
malu nak pakai pelapik kain!’ kata hati saya pada suatu ketika dulu. Tapi
pemberontakan tu dalam hati sahaja. Ketika itu umur baru menginjak 13 tahun dan
sudah mula memasuki sekolah asrama. Malu dengan kawan-kawan semuanya memakai
tuala wanita pakai buang, sedangkan di rumah, ibu menggalakkan penggunaan
pelapik kain (cloth pad).
Pada masa itu, saya tidak faham kenapa mesti susah-susah cuci dan
jemur selepas guna pelapik kain sedangkan tuala wanita pakai buang lebih
memudahkan. Sudahlah begitu, pelapik kain itu diperbuat dari tuala, pakaian
lama atau kain batik yang lusuh. Jadi tak begitu cantik. Oleh sebab saya
tinggal di asrama, maka saya ambil jalan mudah menggunakan tuala wanita pakai
buang. Tapi kalau balik bercuti di kampung, saya kembali kepada pelapik kain.
Teringat lagi
pada masa itu, salah satu isu utama yang sering pihak warden sebut sekiranya
ada perhimpunan ialah berkenaan pembuangan tuala wanita ke dalam lubang tandas.
Saya sejujurnya tidak buat perkara itu kerana sejak kecil dididik bahawa sampah
tempahnya di tong sampah. Tapi itu realiti yang terpaksa dihadapi di sekolah
asrama pada masa itu. Tandas sering tersumbat dan bila disiasat, tuala wanita
adalah puncanya. Sungguh menjijikkan jika nak diingat-ingatkan.
Tapi
sekarang, saya dan pelapik kain adalah umpama teman rapat! Alhamdulillah
bermula dari jasa ibu bapa dan guru yang mendidik kita supaya tegar menuntut
ilmu melalui pembacaan, saya mula memandang penggunaan tuala wanita pakai buang adalah sesuatu
yang benar-benar berbahaya kepada alam sekitar dan kesihatan.
Sebahagian
besar wanita di seluruh dunia menggunakan tuala wanita pakai buang (disposable
menstrual pad) setiap kali datang haid. Menurut akhbar Berita Harian [1],
populasi wanita di Malaysia adalah 13.77 juta. Katakan separuh dari wanita
Malaysia menggunakan tuala wanita pakai buang. Cuba kita buat kira-kira mudah
ya,
10 helai/bulan/wanita
x 6.5 juta wanita x 12 bulan/tahun = 780 juta helai/tahun
Katakan pula
setiap wanita ini menggunakan tuala wanita pakai buang selama 30 tahun dari
kehidupan mereka:
780 juta
helai/tahun x 30 tahun = 23.4 billion helai
Wah, banyak
juga tu! Sebenarnya, 23.4 billion helai tuala wanita pakai buang ini tidak
terlupus dengan mudahnya kerana ia diperbuat daripada bahan sintetik seperti plastik
yang memerlukan masa ratusan tahun untuk lupus sepenuhnya. Sementara hendak
menunggu ratusan tahun itu, pastinya tapak pelupusan sampah sudah dipenuhi
dengan tuala wanita pakai buang!
Belum lagi
masuk bab kesihatan yang berkaitan dengan penggunaan berterusan tuala wanita
pakai buang. Kebanyakan tuala wanita pakai buang biasa diperbuat dari pulpa
kayu atau kertas yang telah dilunturkan warnanya menggunakan klorin (sebab itu
warnanya putih melepak!). Klorin pula menghasilkan dioksin yang dihubungkaitkan
dengan penyakit endometriosis [2] dan kanser [3]. Bahan penjerap basahan
diperbuat dari gel polyacrylate. Material Safety Data Sheet (MSDS)
menunjukkan bahawa polyacrilate tidak memberi sebarang bahaya terhadap
kesihatan manusia. Namun begitu, ada juga kajian yang mengaitkannya dengan
masalah alergi kulit kerana mampu menyerap lembapan semulajadi kulit secara
berlebihan [3].
Di lain entri
saya akan kongsikan lebih lanjut berkenaan pelapik kain, kebaikannya dan betapa
mudah mengendalikannya. Anda pasti jatuh cinta! Tunggu ya…
Salam sayang
buat semua.
RW
[1] Berita
Harian, Penduduk Malaysia kini 28.3 juta, 29 Julai 2011.
[2] Rier, S
& Foster, W.G.(2002). Environmental dioxins and endometriosis,
Toxicological Sciences 70(2): 161-170
[3] Paul
(2013). Sanitary Pads – Risk of uterus cancer, http://www.healthowealth.com/are-sanitary-pads-safe/.
Comments
Post a Comment