Posts

Apabila pensyarah lambat muat naik nota kuliah

Petang tadi ada pelajar tanya saya, macam mana nak bersedia untuk kelas kalau pensyarah lambat memuat naik nota? Jawapan saya: Apabila kita sudah berada di pengajian tinggi, kejayaan dan hidup mati pelajaran kita adalah tanggungjawab kita sepenuhnya. Nota kuliah bukan hak, tapi ihsan daripada pensyarah. Tanggungjawab pensyarah menyediakan bahan-bahan untuk dia mengajar, bukan menyediakan segalanya untuk pelajar. Sebab itu penting untuk pelajar mendapatkan Course Outline untuk kursus-kursus yang mereka ambil pada setiap awal semester. Dari situ, mereka akan tahu apa topik yang akan dipelajari (silibus). Maklumat kini di hujung jari, gunakanlah jari itu sebaik-baiknya untuk mencari ilmu.  Tak payah tunggu nota dari pensyarah. Kamu boleh buat nota sendiri. Kamu pasti lebih menghargai ilmu yang diperoleh melalui usaha gigih.

Collaborative learning sitting position

Pengajar sering risau akan kurangnya penglibatan pelajar dalam kelas. Kata salah seorang Profesor dalam bidang pendidikan, tidak ada pelajar yang tidak mahu terlibat. Yang ada cuma pengajar yang tidak tahu cara melibatkan mereka. Beliau mengajarkan kami "collaborative learning sitting position", dan kaedah melibatkan pelajar dalam pembelajaran aktif. Pelajar-pelajar duduk secara berkumpulan, dan semua orang mendapat peluang bercakap. Lebih tepat lagi, mula-mula berat hati nak  bercakap, kemudian mereka berlatih bercakap dan selepas itu tidak henti-henti bercakap tentang topik yang dipelajari. Baca lebih lanjut tentang contoh aktiviti di sini:  http://rafeahbtwahi.blogspot.my/…/catatan-14-ogos-2017-11.h… Setelah 2 minggu saya cuba uji kaedah ini dalam kelas, saya dapati betul juga kata Prof. Minggu pertama ada tersedu-sedu juga pelaksanaannya. Tetapi pada minggu kedua, saya mendapati semua orang mula bercakap dengan sukarela. Pada minggu kedua pelajar tidak sedar b

Tips Mesra Alam: Bungkus makan dengan bekas cantik anda

Image
Untuk membungkus makanan tengah hari dari kedai makan pilihan anda, gunakanlah bekau tapau anda yang berwarna-warni dan meriah itu. Kurangkan sampah akibat tapau makanan.  Kita kan bijak  :-) # 365daysgreentips

Cukuplah orang lain mentertawakan kita

Image
Beberapa pelajar datang ke pejabat saya petang tadi untuk urusan melengkapkan pendaftaran kursus ulangan mereka. Sempat saya berpesan kepada mereka, alang-alang mengulang kursus biarlah sampai dapat A. Mereka terus sahaja pecah ketawa dan saling berpandangan antara satu sama lain. Saya beritahu mereka, janganlah ketawakan diri sendiri. Asalkan berusaha tak ada benda yang mustahil. Tapi Dr., terus-terang saya cakap saya ni lambat sikit kalau bahagian pengiraan. Saya tanya dia kembali, kalau begitu kamu rasa apa yang perlu kamu buat kali ini? Ramai-ramai mereka menjawab, banyakkan latihan. Yes, practice makes perfect. Everything that you want to master will need you to practice a lot. So, boleh dapat A ya? tanya saya. Insyaallah boleh Dr., jawab mereka senyum-senyum. Nota: Cukuplah orang lain mentertawakan kita. Jangan pula kita ketawakan diri sendiri. Percaya kepada diri sendiri bahawa kita mampu melakukan yang terbaik.

Senang hidup Hasan

Hasan baru pertama kali menyertai abang dan kakak bermain "nama, buah, benda". Huruf P, dia pilih nama Peah. Huruf D, Deah pula. Huruf S, nyaris dia nak pilih Seah.  Lepas ditegur baru dia tukar kepada Sooh. Memang senang hidup kamu Hasan.

Tips Mesra Alam: Lampin Kain dan Seluar Latihan

Image
Nak kempen alam sekitar sikit boleh kan? Di sebelah kiri tu lampin kain (clothdiaper/CD). Di sebelah kanan tu training pants. Kedua-duanya berguna untuk keluarga yang ada bayi dan anak-anak kecil yang belum bebas lampin. Selain jimat, sangat mesra alam. Juga mudah diurus. # 365daysgreentips

Sabar dalam belajar

Jika kau tak dapat bertahan dengan lelahnya belajar, maka kau harus tahan menanggung peritnya kebodohan. ~Imam Syafi'e~