Posts

Showing posts from September, 2017

Apabila pensyarah lambat muat naik nota kuliah

Petang tadi ada pelajar tanya saya, macam mana nak bersedia untuk kelas kalau pensyarah lambat memuat naik nota? Jawapan saya: Apabila kita sudah berada di pengajian tinggi, kejayaan dan hidup mati pelajaran kita adalah tanggungjawab kita sepenuhnya. Nota kuliah bukan hak, tapi ihsan daripada pensyarah. Tanggungjawab pensyarah menyediakan bahan-bahan untuk dia mengajar, bukan menyediakan segalanya untuk pelajar. Sebab itu penting untuk pelajar mendapatkan Course Outline untuk kursus-kursus yang mereka ambil pada setiap awal semester. Dari situ, mereka akan tahu apa topik yang akan dipelajari (silibus). Maklumat kini di hujung jari, gunakanlah jari itu sebaik-baiknya untuk mencari ilmu.  Tak payah tunggu nota dari pensyarah. Kamu boleh buat nota sendiri. Kamu pasti lebih menghargai ilmu yang diperoleh melalui usaha gigih.

Collaborative learning sitting position

Pengajar sering risau akan kurangnya penglibatan pelajar dalam kelas. Kata salah seorang Profesor dalam bidang pendidikan, tidak ada pelajar yang tidak mahu terlibat. Yang ada cuma pengajar yang tidak tahu cara melibatkan mereka. Beliau mengajarkan kami "collaborative learning sitting position", dan kaedah melibatkan pelajar dalam pembelajaran aktif. Pelajar-pelajar duduk secara berkumpulan, dan semua orang mendapat peluang bercakap. Lebih tepat lagi, mula-mula berat hati nak  bercakap, kemudian mereka berlatih bercakap dan selepas itu tidak henti-henti bercakap tentang topik yang dipelajari. Baca lebih lanjut tentang contoh aktiviti di sini:  http://rafeahbtwahi.blogspot.my/…/catatan-14-ogos-2017-11.h… Setelah 2 minggu saya cuba uji kaedah ini dalam kelas, saya dapati betul juga kata Prof. Minggu pertama ada tersedu-sedu juga pelaksanaannya. Tetapi pada minggu kedua, saya mendapati semua orang mula bercakap dengan sukarela. Pada minggu kedua pelajar tidak sedar b...

Tips Mesra Alam: Bungkus makan dengan bekas cantik anda

Image
Untuk membungkus makanan tengah hari dari kedai makan pilihan anda, gunakanlah bekau tapau anda yang berwarna-warni dan meriah itu. Kurangkan sampah akibat tapau makanan.  Kita kan bijak  :-) # 365daysgreentips

Cukuplah orang lain mentertawakan kita

Image
Beberapa pelajar datang ke pejabat saya petang tadi untuk urusan melengkapkan pendaftaran kursus ulangan mereka. Sempat saya berpesan kepada mereka, alang-alang mengulang kursus biarlah sampai dapat A. Mereka terus sahaja pecah ketawa dan saling berpandangan antara satu sama lain. Saya beritahu mereka, janganlah ketawakan diri sendiri. Asalkan berusaha tak ada benda yang mustahil. Tapi Dr., terus-terang saya cakap saya ni lambat sikit kalau bahagian pengiraan. Saya tanya dia kembali, kalau begitu kamu rasa apa yang perlu kamu buat kali ini? Ramai-ramai mereka menjawab, banyakkan latihan. Yes, practice makes perfect. Everything that you want to master will need you to practice a lot. So, boleh dapat A ya? tanya saya. Insyaallah boleh Dr., jawab mereka senyum-senyum. Nota: Cukuplah orang lain mentertawakan kita. Jangan pula kita ketawakan diri sendiri. Percaya kepada diri sendiri bahawa kita mampu melakukan yang terbaik.

Senang hidup Hasan

Hasan baru pertama kali menyertai abang dan kakak bermain "nama, buah, benda". Huruf P, dia pilih nama Peah. Huruf D, Deah pula. Huruf S, nyaris dia nak pilih Seah.  Lepas ditegur baru dia tukar kepada Sooh. Memang senang hidup kamu Hasan.

Tips Mesra Alam: Lampin Kain dan Seluar Latihan

Image
Nak kempen alam sekitar sikit boleh kan? Di sebelah kiri tu lampin kain (clothdiaper/CD). Di sebelah kanan tu training pants. Kedua-duanya berguna untuk keluarga yang ada bayi dan anak-anak kecil yang belum bebas lampin. Selain jimat, sangat mesra alam. Juga mudah diurus. # 365daysgreentips

Sabar dalam belajar

Jika kau tak dapat bertahan dengan lelahnya belajar, maka kau harus tahan menanggung peritnya kebodohan. ~Imam Syafi'e~

Tips Ibu Belajar

Image
Mungkin ada kaum ibu yang tertanya-tanya macam mana mereka nak menangani pengajian pascasiswazah. Selain doa dan sedekah dan sebagainya tu, petuanya ada 3. 1. Terima hakikat yang kita perlu bantuan seseorang untuk jaga anak-anak dengan baik semasa kita belajar (jangan mimpi nak buat kerja di rumah dengan budak2 ada...memang 99% tak mungkin). 2. Oleh itu, 95% tugas perlu disiapkan pada waktu bekerja. Disiplinkan diri 8am-5pm full blast tanpa gangguan sesiapa. Malam boleh bermain dengan anak2, settlekan urusan rumahtangga dan tidur! 3. Mesti dapat restu dan sokongan suami. Kalau dia tak restu, sangat susah sebab tak dapat kefahaman dan kerjasama sepenuhnya daripada dia. Teringat semas belajar dahulu, kadang-kadang saya balik dengan emosi tak terbendung sebab eksperimen asyik tak menjadi. Suami, bila nampak saja muka berkerut saya, terus ajak anak-anak mengemas rumah (semua pura-pura menyapu, mengutip atau mengelap) atau buat aktiviti lain, agar saya boleh meredakan ...

Ajak anak-anak membantu di rumah

Image
Apabila budak-budak gotong royong basuh pinggan mangkuk. Siap sedia sajalah, selesai kerja membasuh lepas tu lantai pula basah. Mana tidaknya, kerja 50% main 50%. Tapi tak apa, saya dapat masa berharga minum petang dengan bapak budak sementara mereka berperang di dapur. Sungguh membahagiakan! Ada beberapa kajian yang menunjukkan bahawa terdapat perkaitan dengan kecerdasan minda dan kanak-kanak yang dibiasakan melakukan kerja-kerja rumah. Menurut kajian-kajian tersebut, aktiviti membantu ibu-bapa melakukan kerja-kerja di rumah bukan sahaja membantu perkembangan kepintaran mereka, tetapi juga perkembangan emosi mereka. Antara cara-cara saya menggalakkan anak-anak membantu di rumah ialah dengan menerapkan bahawa kebersihan adalah sebahagian daripada iman, malah Rasulullah s.a.w. sangat mementingkan kebersihan dan kekemasan. Saya juga mengajak mereka sama-sama bekerja, bukan hanya menyuruh sahaja. Selepas tugasan siap, janganlah kedekut pujian. Sedekahkanlah anak-anak kata-kata yang ...

Cerita yang tak sudah

Pada zaman dahulu ada seorang lelaki yang bercita-cita untuk menjadi seorang pemanah yang terhebat di dunia. Maka dia pun meninggalkan isteri dan anak-anaknya untuk berguru dengan seorang mahaguru yang hebat, jauh dari kampung halamannya. Apabila dia telah berjumpa gurunya, dia diberitahu bahawa perkara pertama yang dia perlu kuasai untuk menjadi pemanah hebat ialah belajar mengawal kerdipan mata. Dia berlatih dengan tekun sehinggalah pada suatu hari dia dapati ada labah-laba h membuat sarang di mata kanannya. Dengan terujanya dia memberitahu gurunya akan hal itu. Gurunya kemudiannya menyuruhnya belajar melihat hal-hal yang kecil sebagai hal-hal yang besar. Jadi dia mula mengikut saranan gurunya. Dia memerhatikan segala jenis serangga di taman, dan menghabiskan sepanjang musim panas melakukan hal itu, sehingga pada suatu hari dia melihat seekor lalat seperti seekor kuda. Dengan terujanya dia memberitahu gurunya akan hal itu. Selepas itu gurunya membawanya ke sebuah tebing...

Guna semula botol kaca

Image
Botol-botol kaca seperti bekas botol kuah pasta, mayonis, dan jeruk sayur jangan dibuang begitu sahaja. Hal ini kerana botol-botol tersebut boleh digunakan semula, tanpa atau dengan sedikit hiasan. Aktiviti hari terakhir cuti sekolah baru-baru ini, menghias botol kaca terpakai yang telah siap dibasuh dan dikeringkan. Kami memilih untuk menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah. Untuk tujuan itu saya telah menyelongkar almari untuk mencari bahan. Saya terjumpa hiasan berbunga dan "self-adhesive wallpaper border". Gam UHU dan gunting juga diperlukan untuk tujuan ini. Hasilnya seperti di dalam gambar. Sungguh menarik kan? Ada rakan-rakan yang mencadangkan botol-botol ini dibuat tabung atau balang biskut. Jika mahu, boleh juga gunakan sebagai bekas garam, gula dan rempah. Cuma perlu gunting dan lekatkan hiasan bunga mengikut citarasa. Menggunakan wallpaper border untuk menghias botol jauh lebih mudah. Cuma gunting ikut saiz botol dan terus lekatkan ke botol. Mudah...