Posts

Showing posts from August, 2017

Pesanan Untuk Pelajar

Panduan Masuk Kuliah Semester Baru 1. Pembelajaran cuma boleh berlaku secara aktif. Pensyarah tidak dapat membuka kepalamu dan menuang ilmu ke dalamnya. Tindakan: Bersedia, catat, tanya soalan, berbincang, ulangkaji. 2.Tugas pensyarah adalah untuk membantu anda belajar, bukan menyuap informasi supaya boleh anda muntahkan kembali semasa peperiksaan. Tindakan: Bertanggungjawab sepenuhnya dengan pembelajaran sendiri. Lihat perkara 1. 3. Lain diajar, lain yang masuk peperiksaan. Itu hanya berlaku jika anda tidak faham konsep asas sesuatu topik. Tindakan: Belajar kerana hendak faham, bukan sekadar menghafal. Buat latihan yang berbentuk aplikasi konsep dan penyelesaian masalah. If you don't know what this means you will learn.

Antara Kemas dan Sepah

Image
Sedang saya sibuk menyapu dan mengemas, suami memandang saya sambil tersenyum. Katanya, esok petang bersepah lagi. Hihi. Yalah, esok petang bersepah lagi. Sama seperti 9 x 365 hari yang lalu. Tapi ibu-ibu tetap akan mengemas. Dan kemas. Dan kemas lagi. Menurut pendapat sebahagian orang, rumah yang kemas atau dapur yang bersih menandakan masa yang terbuang. Maknanya, mengemas rumah dianggap sebagai suatu perbuatan yang sia-sia. Ini mungkin kerana, perbuatan itu perlu diulang-ulang setiap hari, sedangkan esok mungkin akan bersepah lagi. Semoga kita tidak merasa sedemikian. Kerana Islam mengajar kita agar jangan meremeh-remehkan suatu perbuatan baik, biarpun ianya kelihatan kecil. Malah Allah swt berfirman di dalam Al-Quran bahawa kebaikan, biar sebesar biji sawi sahaja pun, akan diambil kira semasa hari perhitungan amal nanti.

Sisa pepejal semakin meningkat?

Image
Pada tahun 2010, 3 juta tan sisa pepejal (sampah) dihasilkan setiap hari di seluruh dunia. Dijangkakan bahawa pada tahun 2025, 6 juta tan sampah akan dihasilkan setiap hari. Jika kita tidak sama-sama menghentikan trend ini, 12 juta tan sampah akan dihasilkan setiap hari pada tahun 2100. Jangan ingat, iklan budak kecil hidup dan bermain dalam sampah sarap itu imaginasi semata-mata. Penimbunan sampah sedang berlaku di muka bumi ini, dan benar-benar berlaku.

Cara Mudah Buang Label di Botol Kaca

Image
Aktiviti hari ini. Buang label dari botol-botol kaca terpakai. Caranya, rendam sekejap dalam air sabun, kemudian tanggalkan label sebanyak mungkin. Label atau kesan gam yang degil kami buang guna campuran soda bikarbonat dan minyak masak dengan nisbah 1:1. Sebelum ini saya lebih suka berikan kepada orang atau ke pusat kitar semula saja. Tapi kali ini sengaja nak ajak anak-anak beraktiviti. Kami fikir mungkin kami boleh upcycle botol-botol ni dan jual. Hasil jualan untuk masu k tabung derma. Musa kata mustahil ada orang nak beli botol. Saya kata, jom cuba dulu. Entah bila kami akan teruskan dengan aktiviti upcycle, saya tak tahu.  Harap-harap bukan tahun depan. Hihi.

Teguran Allah Melalui Anak

Image
Catatan 15 Ogos 2017, 8.46 pm Lambat sedikit solat maghrib tadi. Bergilir dengan suami kerana bayi kami yang paling kecil, Ali, meragam. Apabila tiba giliran saya nak solat anak-anak bertanya, "Hai, Umi belum solat lagi?"Saya katakan yang saya belum solat kerana meladeni Ali yang menangis sejak tadi. Tiba-tiba Hasan, dengan muka tulus ikhlas bertanya (sambil minum susu), "Umi, solat atau anak lebih penting sebenarnya?" Pangg!!!! Saya rasa bagaikan ditampar. Saya segera berlalu untuk masuk ke bilik. Mungkin sebenarnya Allah swt yang nak tegur perbuatan saya melewat-lewatkan solat, melalui anak saya. Gambar: Saya dan Hasan

Cara Meningkatkan Penglibatan Pelajar di dalam Kelas

Image
Catatan 14 Ogos 2017, 11.41 pm Nak catat apa yang saya pelajari hari ini, supaya saya tak lupa dan orang lain dapat manfaat. Alkisah mendorong pelajar berinteraksi dan belajar secara aktif di dalam kelas. Boleh beri mereka JIGSAW ACTIVITY. Contoh yang berlaku hari ini. Prof minta kami buat satu kumpulan yang ahlinya 6 orang. Ok, kami pun buat kumpulan, duduk bersama-sama. Kemudian Prof beri kami artikel jurnal berkenaan topik hari ni. Setiap seorang dapat artikel berlainan. Setiap artikel dinomborkan (seperti gambar kedua tu). Selepas tu tiba-tiba Prof buat kejutan. Dia kata "Sekarang semua orang yang dapat artikel nombor yang sama, berkumpul dan baca artikel sama2, kemudian jawab 3 soalan yang saya bagi. Nanti lepas siap, kamu kembali ke kumpulan asal kamu dan bentangkan jawapan kepada mereka". Ok, kami pun bergerak untuk ke kumpulan baru kami. Saya dapat artikel nombor 4, begitu juga ahli kumpulan baru saya. Kami mula membaca dengan senyap seketika, seb...

Jangan Mudah Mengalah

Image
Catatan 13 Ogos 2017, 10.15 am Bayi yang mula-mula belajar mengesot, normal lah tu kalau mengundur dulu. Kecewa dan geram dengan diri sendiri. Menangis tak puas hati. Tapi jika ditelentangkan, sibuk nak meniarap semula untuk cuba lagi mengesot.  Boleh ambil pengajaran dari perkara ini ya. Jangan sekali-kali mengalah. Andai jatuh, bangkit semula dan cuba lagi sehingga berjaya. Gambar: Ali Redha gigih belajar mengesot

Rasa Ketinggalan

Image
Catatan 7 Ogos 2017, 10.05 pm Jangan pernah rasa ketinggalan berbanding orang lain.  Apa yang orang lain paparkan di media sosial tidak lebih daripada BEBERAPA DETIK SEMPURNA dalam hari-hari mereka. Itu yang mereka pilih untuk raikan dan kongsikan dengan kita.  Kita semua punya detik sempurna.  Dan semua orang punya detik yang jauh dari sempurna.  Santai saja. Gambar ihsan PicsArt

Hati yang Bersyukur

Image
Catatan 6 Ogos 2017, 8.38 am Hati yang bersyukur adalah magnet kepada keajaiban.

Sesekali diuji

Image
Catatan 1 Ogos 2017, 9.48 pm Sikit-sikit diuji, kita mengeluh. Bila tengok rancangan Bersamamu, baru sedar, ada orang yang diuji bertalu-talu, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Esok lupa lagi. Erm... Teringat dengan seorang pembantu rumah yang saya kenal. Saya perhatikan, Allahuakbar sentiasa disebutnya.  Dia gantikan keluhan dengan Allahuakbar. Kita? Lambat cerita. Bila kamu merasa masalah kamu sebesar kapal, yakinlah bahawa nikmat Allah seluas lautan.