Cuba dan Jayakan Penggunaan Lampin Mesra Alam

Teks: Rafeah Wahi

Di dalam entri yang lepas saya ada kongsikan kebaikan menggunakan lampin moden (cloth diapers) atau CD terhadap alam sekitar, ekonomi keluarga dan kesihatan. Di dalam entri kali ini, saya ingin kongsikan pengalaman memulakan penggunaan CD terhadap bayi seawal umur 2 minggu. Semoga dapat memberi pencerahan kepada keluarga yang baharu hendak memulakan penggunaan CD.

Alhamdulillah anak kami yang kedua, baby Zahra selamat lahir pada 10 Mei 2010. Sebelum kelahirannya kami telah menyediakan 10 set CD untuk kegunaan si comel. Pengalaman sebelum ini, anak sulung kami Musa mula memakai CD sejak berusia setahun lapan bulan. Tidak lama selepas itu Musa pun berjaya dalam latihan ke tandas (potty training) yang mengambil masa tidak sampai sebulan, yang saya yakin banyak dibantu oleh pemakaian CD. Seperti dalam catatan saya sebelum ini, CD boleh membantu mempercepatkan tempoh potty training kerana realiti penggunaan CD itu sendiri yang tidaklah kering sepanjang masa.


Musa semasa 1 tahun 8 bulan, pertama kali memakai CD

Pengalaman kali ini agak berbeza memandangkan Zahra dipakaikan CD seawal minggu kedua selepas lahir. Pada mulanya kelam kabut juga kerana belum biasa dengan jadual "pembuangan" Zahra dan pelarasan saiz CD untuk baby kecil. Alhamdulillah selepas trial and error seminggu penggunaan CD lebih lancar. Pada hari2 biasa, siang hari Zahra menggunakan 2-3 CD dan sebelah malam 1 CD sebelum masuk tidur. Oleh sebab saya nak tidur lena dalam tempoh berpantang waktu itu, sebelum tidur saya pakaikan Zahra lampin pakai buang. Insyaallah nanti bila dah betul2 cergas dan sihat, saya akan gunakan sepenuhnya CD yang ada.




Zahra ketika umur 2 minggu, pertama kali memakai CD

Tips dari saya:
1. Periksa CD setiap 2-3 jam dan tukar insert jika perlu. Bayi yang menyusu ibu sepenuhnya biasanya akan ada 5-8 lampin basah dan 2-3 lampin kotor setiap hari.
2. Setiap kali memaikan bayi CD atau menukar insert, jangan lupa letakkan nappy liner di atas CD untuk menambahkan lagi keselesaan bayi (kekal kering lebih lama).
3. Penggunaan nappy liner juga membantu memudahkan lagi mencuci CD yang kotor.

Sampai di sini dulu buat kali ini, saya akan kongsikan lagi tips2 dan pengalaman dengan anda semua dari semasa ke semasa. Jangan lupa berkongsi blog kami dengan rakan-rakan dan saudara-mara anda. Semoga informasi bermanfaat dapat kita kongsi bersama.


Reduce waste, go green!!


Salam sayang dari saya.

RW

Comments

Popular posts from this blog

Apabila pensyarah lambat muat naik nota kuliah

Jelajah Alam dengan Permainan Mencari Harta Karun

10 sebab untuk sambung PhD