Hikmah di Sebalik Musibah
Catatan 19 Jun 2017
Pagi ini saya sempat mendengar perkongsian Ustaz Ebit Liew di televisyen, sambil bersiap-siap hendak ke pejabat. Begini intipatinya.
Pagi ini saya sempat mendengar perkongsian Ustaz Ebit Liew di televisyen, sambil bersiap-siap hendak ke pejabat. Begini intipatinya.
Ustaz Ebit cerita tadi.
Pada suatu hari dia dan rakan-rakannya hendak ke suatu tempat di India menaiki kereta api. Sebelum bertolak, terlebih dulu mereka membaca doa beramai-ramai.
Tapi ustaz yang mengetuai bacaan doa ketika itu membaca doa yang terlalu panjang. Sudahlah begitu, doanya penuh syahdu dan disertai tangisan.
Akibatnya mereka semua tertinggal kereta api yang sepatutnya dinaiki.
Mereka terpaksa guna cara alternatif untuk ke tempat yang hendak dituju dengan menaiki bas dan berhenti banyak kali. Perjalanan yang sepatutnya 8 jam jadi 2 hari.
Dalam perjalanan semua orang diam, menahan geram kepada ustaz yang menyebabkan mereka tertinggal kereta api.
Apabila sampai di tempat tujuan mereka, mereka mendapat berita bahawa kereta api yang mereka sepatutnya naik tempoh hari kemalangan dan ramai yang mati.
Ustaz Ebit kata dari situ dia belajar sesuatu.
Mungkin musibah dan dugaan yang terjadi pada kita terlalu sukar nak diterima. Yalah, kita manusia biasa.
Tapi di sebaliknya pasti Allah simpan hikmah. Pasti itu yang terbaik untuk kita.
Bak kata Mufti Ismail Menk:
Waiting is never easy. You want something so badly & you feel the Almighty's not responding. Don't forget every delay has its blessing.
Comments
Post a Comment