Biasakan Anak Segera Datang Apabila Dipanggil oleh Ibu-Bapa
Catatan 22 Jun 2017
Semasa anak masih kecil, biasakanlah mereka segera datang apabila dipanggil oleh orang tua mereka. Jangan sampai kita sebagai ibu-bapa yang terjerit-jerit banyak kali, namun tidak diendahkan anak-anak.
Ingatkan anak-anak selalu tentang perkara ini. Ibu panggil, segera datang ya nak. Bapa panggil, segera datang ya nak.
Lebih baik lagi, ajarkan mereka menjawab dengan tertib kepada setiap panggilan ibu-bapa, contohnya,
"Äda apa ya, ibu?", atau "Ayah panggil saya? Ada apa ya, ayah?"
Asuhan begini membina peribadi indah pada diri anak-anak.
Jangan lupa, ibu-bapa juga harus tunjukkan contoh yang baik. Jika dipanggil oleh ibu-bapa sendiri, bersegeralah menghadap mereka dan berbicaralah lemah lembut.
Jangan sampai anak-anak kita membesar dewasa dengan melewat-lewatkan menyahut panggilan ibu-bapa.
Comments
Post a Comment