Tips untuk Ibu yang Belajar
Catatan 8 November 2015
1. Saya perlukan bantuan. Saya tak mampu menjadi sadiwira yang menyelesaikan semua urusan rumah tangga sendirian. Saya perlukan sokongan dan bantuan ibu dan suami. Kami juga melabur untuk mendapatkan khidmat tukang bersih rumah dan taska yang baik untuk anak-anak. Biar kurang makan di restoran akibat terlebih bajet, asalkan perkara-perkara penting seperti penjagaan anak dan kebersihan rumah telah selesai. Barulah tenteram jiwa.
Sebelum tidur saya nak berkongsi sedikit tentang pengalaman saya sebagai pelajar siswazah meangkap seorang ibu. Ini kerana, ada rakan psiswazah wanita yang menghubungi saya dan bertanya bagaimana hendak belajar dengan sempurna, sedangkan anak-anak kecil sangat menuntut perhatian.
Sebagai ibu yang tidak sempurna kepada 3 anak bawah 6 tahun semasa belajar dahulu, saya terima hakikat bahawa:
1. Saya perlukan bantuan. Saya tak mampu menjadi sadiwira yang menyelesaikan semua urusan rumah tangga sendirian. Saya perlukan sokongan dan bantuan ibu dan suami. Kami juga melabur untuk mendapatkan khidmat tukang bersih rumah dan taska yang baik untuk anak-anak. Biar kurang makan di restoran akibat terlebih bajet, asalkan perkara-perkara penting seperti penjagaan anak dan kebersihan rumah telah selesai. Barulah tenteram jiwa.
2. Sya tidak dapat menelaah dan menulis selepas pukul 5 petang. Saya terima hakikat itu. Biarlah dunia nak terbalik pun. Apabila anak bermain, saya bermain. Apabila anak tidur, saya tidur. Kalau tidak buat begitu, rehat tak cukup. Masa berkualiti dengan anak pun tak cukup. Badan lesu kerana tak cukup tidur, kemudian jadi punca tekanan. Orang yang tertekan tak mungkin produktif.
3. Oleh sebab itu, saya perlu mulakan hari lebih awal daripada orang lain. Saya bangun pukul 3 pagi setiap hari untuk bermunajat kepada-Nya dan menelaah, menulis, atau membuat analisis data.
4. Saya masuk ke makmal atau ruang kerja 8 am-5 pm, selagi mampu. Dan saya mengaku kerja lebih masa di makmal pada hujung minggu, selagi diperlukan dan termampu. Ini kerana, mpunyai anak-anak kecil bermakna kita perlu memastikan kerja kita siap lebih awal berbanding jadual. Biasalah, anak-anak keil sering membuat kita cuti tak terduga. Contohnya, hendak cuti kecemasan tanpa rasa bersalah bila anak kurang sihat. Tahu-tahu sajalah..kalau dah seorang demam, nanti anak-anak lain juga kebiasaannya akan berderet demam.
5. Saya sedar bahawa perlu jaga diri sendiri baik-baik agar dapat berfungsi dengan optimum. Saya ikut aktiviti senaman, cuba ringankan badan dan makan vitamin terutama energy shake dan minyak ikan. saya tak malu mengaku tanpa makanan tambahan fizikal dan minda saya letih.
Sekian perkongsian. Kerana saya bukan ibu sempurna, saya terima hakikatnya dan buat sesuatu tentangnya. Anda juga mampu sahabat!! Bertahanlah.
*********
Nota: Sesungguhnya tiada kekuatan kita sebagai manusia, melainkan dengan Allah lah yang memberi kekuatan.
Nota: Sesungguhnya tiada kekuatan kita sebagai manusia, melainkan dengan Allah lah yang memberi kekuatan.
Menangis itu biasa. Bukan tanda lemah, tapi untuk mengumpul kekuatan.
Comments
Post a Comment