Apa yang Saya Pelajari pada Hari Konvokesyen PhD

Catatan 1 November 2015

Pada hari konvokesyen PhD saya.

Dapatan hari ini:

1. Belajar bertahun tapi naik pentas beberapa saat.


2. Orang yang patut konvo sebenarnya mereka yang banyak support dan berkorban untuk kita sampai boleh graduate. Siapalah kita tanpa mereka. 


3. Seperti mana perjalanan nak siapkannya, konvo PhD juga sangat sunyi. Tiada classmates duduk sebelah menyebelah untuk bersembang tepuk tampar. Tiada ibu bapa menemani juga. Anak2 bawah 12 tahun juga tak boleh masuk dewan.Sunyi dalam kemeriahan.


4. Nasib baik memilih untuk bertahan semasa keadaan macam mustahil. Macam putus asa dan macam rasa ini kerja gila. Nasib baik memilih untuk bertahan.

Kesimpulannya, ada bagusnya kita berpegang pada prinsip lama orang tua2 kita ~~ JANGAN BUAT KERJA SEPARUH JALAN.

Sahabat yang sedang berjuang untuk apa pun...BERTAHANLAH.

Berbaloi. Memang berbaloi.



Comments

Popular posts from this blog

Apabila pensyarah lambat muat naik nota kuliah

10 sebab untuk sambung PhD

Jelajah Alam dengan Permainan Mencari Harta Karun